20090306
20090304
Resolusi Edisi 5 2009 BPN :
Isu Kalimah Allah dan Sidang Haram DUN Perak.

Isu Kalimah Allah dan Sidang Haram DUN Perak.

Resolusi 5/2009 : Mengutuk tindakan membuat Sidang DUN Perak tanpa Perkenan Sultan
#BPN mengutuk tindakan Pakatan Rakyat yang berdegil ingin mencabar kedaulatan kuasa Sultan Perak yang tidak memperkenankan sidang DUN walau sudah diberi amaran oleh banyak pihak.
#BPN mengutuk tindakan menjadikan agenda politik lebih utama dari kestabilan dan keamanan rakyat Perak.
#BPN juga meminta rakyat tidak menyokong tindakan yang jelas menderhaka kepada Sultan ini yang boleh mencetuskan huru hara di sana.
#BPN meminta tindakan lebih tegas dari pihak berkuasa untuk menghentikan permainan gila politik pembangkang ini yang sudah keterlaluan tanpa mengira untuk menunaikan janji janji mereka semasa PRU yang lalu.
#BPN turut meminta agar DUN Perak tidak dibubarkan demi menjimatkan wang rakyat dan mengelakkan keadaan dan suasana semakin tidak terkawal jika pilihanraya diadakan sekali lagi di negeri Perak.
#BPN memohon campur tangan Raja Raja Melayu dalam isu ini agar menyedarkan rakyat tentang kuasa yang dimilik oleh Majlis Raja Raja sebagai Parlimen Ketiga yang Tertinggi dan mengatasi mana mana kuasa yang ada di negara kita...
DAULAT TUANKU !!!!
Yang benar :
Blogger Pembela Negara
Disediakan oleh :
Panglima Perang Cyber
Ydp Blogger Pembela Negara

PILIHLAH NAKHODA YANG TERBAIK.
Senario politik masa kini turut menjangkiti gejala sikap 'orang yang ada kepentingan diri nak bunuh karier politik orang yang berkredibal dan berwibawa’.
Beginilah hakikatnya dari pandangan mata kasar khalayak yang rasa terkilan dengan sikap rakus segelintir ahli-ahli UMNO yang sanggup berhempas pulas sehingga hilang maruah diri semata-mata untuk mempertahankan kedudukan yang dianggapnya `hak untuk sepanjang hayat’.
Kalau ini terus dibiarkan, sudahnya, orang yang jujur dan ikhlas dalam perjuangannya tidak boleh berbuat apa-apa kerana disebabkan orang yang ada kepentingan diri cuba untuk menyekat perjuangan mereka, kerana dianggapnya boleh mengancam kedudukan dan menjejaskan hasil pendapatannya yang selama ini boleh dipulun semahunya dengan mudah.
Apakah makna perjuangan itu sebenarnya?
Untuk bangsakah, untuk agamakah, untuk negarakah atau untuk diri sendiri?
Kalau politik dijadikan sebagai medan yang rakus untuk melombong emas tanpa mempedulikan kepentingan rakyat keseluruhan, makanya, ditakuti barisan kepimpinan yang dipilih berlandaskan emosi mengatasi kebijaksanaan akal, adalah dikalangan yang `gila kuasa’. Akan terbarislah nanti kepimpinan yang sebenarnya adalah mengkhianat bangsa, agama dan negara sendiri.
Di akui, perjuangan yang jujur dan ikhlas itu, sering dihalangi dengan tangan-tangan khianat dan mulut-mulut cepular yang cuba untuk memendekkan langkah orang-orang yang ikhlas untuk berjuang. Janji hatinya puas, asalkan kedudukannya tidak terjejas dan kehendak hati untuk mendapatkan sesuatu tidak tersekat.
Pemimpin seperti inikah sebenarnya yang perlu kita pertahankan untuk kesinambungan perjuangan kepada anak bangsa?. Sanggupkah kita mencalarkan amanah yang ditinggalkan oleh pejuang-pejuang terdahulu semata-mata kerana sudah dibutakan hati dengan lambakan wang ringgit dan kuasa?
Oleh itu, masih belum terlambat untuk ahli-ahli UMNO kembali sedar dalam kelekaan dan terpengaruh dengan simbolik perjuangan mereka yang ada kepentingan diri sendiri.Jangan nanti kita hanya nampak kuman di seberang laut, sedangkan gajah di depan mata kita tak nampak.
Ditakuti nanti kuman yang dipanggil itu tanpa kita sedar, akan sedikit demi sedikit memamah diri sendiri.Jika di antara kita sudah dapat melihat ada di kalangan pemimpin yang elok budi pekertinya, mulia akhlaknya dan bijak akalnya, pertahankanlah dengan semangat yang kental tanpa mudah dipengaruhi oleh mereka-mereka yang suka menghasut, memecahbelahkan dan memburuk-burukkan sesama manusia.
Jangan nanti kita jadi `yang dikejar tak dapat dan yang dikendong pula berciciran’.
Yang berciciran belum pasti kita dapat menghimpunkannya semula menjadi seperti asal.
20090302
PERAK oh PERAKDUN Perak dah semacam pokok durian yang mati beragan,
tunggu masa....TUMBANG
baik Tuanku Sultan Perak bubar DUN saja....
Tak payah nak saman saman.
Tah bila nak selesai.
Rakyat pun dah resah gelisah....
Tak tau pada sapa nak mengadu.
Ada dua kepala,
Tak tau mana nak ikut.
Jika bubar, pilihanraya,
paling lama pun dua bulan.
Tuanku Sultan
Kelonsong Yang Amat Arif.
20090301
20090228
P A S KARTUN
Pada PRU 12, BN dipimpin oleh Pak Lah.
Jika Pas kalahkan BN, maknanya Pak lah kena berhenti dari PM.
Adakah Pas pada masa itu nak bagi Pak Lah sebagai PM. Tentu tidak kan.
BN menang dan sekarang Pak Lah akan berundur dari PM,
Pas menyokong Pak Lah untuk terus jadi PM.
~!@#$$%^&*??.
Mesti ada apa-apa ini...
Politik kartun!!!!
Tak konsisten

20090220
PERPADUAN MELAYU: ADAKAH SATU ILUSI ?
Sabda Rasulullah saw,Ciri-ciri Mukmin yang sejati ialah menghormati tetangganya, menyambungkan tali persaudaraan dan memiliki keprihatinan terhadap penderitaan yang dirasakan oleh saudaranya di sekitarnya. (Hadis diriwayat oleh Bukhari).
post : Dr Norvandri Hasan Basri
Penjajahan tentera Jepun dan pembentukkan Malayan Union selepas Perang Dunia kedua telah meransang bangsa Melayu untuk melakukan sesuatu yang begitu radikal dan asing untuk mereka. Perkara yang dirasakan paling mustahil dan tidak dirasakan berjaya, telah terpahat di dalam sejarah sebagai pencapaian bangsa Melayu yang sangat phenomenal.
Niat suci bangsa Melayu ketika itu adalah untuk mempertabat dan mempertahankan maruah diri. Niat ini amat mustahil dilaksanakan jika hanya melibatkan sekerat dua pejuang Melayu tetapi perlaksanaannya sebenarnya melibatkan perubahan mentaliti dan kekuatan seluruh bangsa Melayu.
Perubahan bersepadu dan besar-besaran bangsa Melayu ke arah merealisasikan niat mereka ini amat kita kagum dan sanjungi. Malah tindakan bersepadu bangsa Melayu ketika itu telah memeranjatkan wakil-wakil kerajaan British. Desakan dan kekuatan bangsa Melayu terasa begitu bisa dan boleh menimbulkan permasalahan yang amat besar kepada pihak penjajah jika tidak dituruti dengan segera.
Yang amat memberangsangkan sekali ialah ianya berlaku di dalam kehidupan bangsa Melayu yang serba kekurangan, tanpa kuasa, wang, alat komunikasi, kenderaan dan tanpa tenaga manusia yang sedia ada untuk digunakan.
Malah penyatuan Melayu secara total ketika itu berlaku di dalam masa yang begitu singkat, jika dibandingkan dengan usia keseluruhan negara, sebelum dan selepas kemerdekaan. Tempo perjuangan bangsa Melayu ketika itu begitu marak dan bahangnya dapat dirasakan hingga ke pelusuk bandar dan desa.
Justeru itu, orang muda Melayu sekarang, generasi pasca-kemerdekaan, sepatutnya meneladani sikap murni bapa dan datuk kita dulu. Kita mesti sentiasa insaf bahawa segala kesenangan dan hak-hak istimewa kita ini boleh diganggu-gugat bila-bila masa sahaja. Kita mesti bersama-sama menentang anasir-anasir yang tidak bertanggungjawab ini.
Sejarah telah membuktikan bahawa bangsa Melayu mampu bersegera dan melakukan sesuatu yang radikal. Bangsa Melayu akan berjaya menunaikan niat mereka jika mahu, persisten dan ikhlas. Persoalannya sekarang,
1.Apakah kita, bangsa Melayu hari ini mahu bersegera merealisasikan matlamat untuk menjadi satu bangsa yang benar-benar bersatu padu dan kuat dari segala aspek kehidupan manusia?
2.Apakah muzakarah sesama Melayu akan hanya tinggal sebagai kenangan?
Sedarlah bahawa Allah menegaskan dalam firmannya yang bermaksud:Bertakwalah kamu kepada Allah dan perbaikilah keadaan perhubungan di antara kamu, serta taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, jika betul kamu orang-orang yang beriman. (Surah al-Anfal, ayat 1).
Sabda Rasulullah saw,Ciri-ciri Mukmin yang sejati ialah menghormati tetangganya, menyambungkan tali persaudaraan dan memiliki keprihatinan terhadap penderitaan yang dirasakan oleh saudaranya di sekitarnya. (Hadis diriwayat oleh Bukhari).
post : Dr Norvandri Hasan Basri
20090217

HAI...HAI...HAI...HAI... KETAWA LAH LAGI.
Ari ni gotahlantun nak bercerita tentang ketawa yang tengah hebat berleluasa dalam negara kita sekarang ini.
He..he..he.. ketawa penuh protokol dari chedet yang lama tak kita dengar. Walaupun pendek tapi cukup bermakna, tapi kalau memanjang hee....hee....hee... itu hilaian hantu kuntilanak ciptaan parti Pas. Hantu yang keluar apabila ada pilihanraya saja.
KAH KAH KAH... Itu sebenarnya ketawa dari gotahlantun dan kekadang bloggers kata, ketawa dari tukartiub. Yang sebenarnya tukartiub yang pinjam ketawa dari gotahlantun. Ketawa kami memangnya tak sama, sebab ketawa tukartiub penuh dengan nada yang berbau busuk. Dan gotahlantun ketawa sebab suka jer dan penuh wangi2an.
Kekadang bloggers Gomo pun ketawa KAH..KAH..KAH.., ketawa yang bernada besar penuh dengan unsur2 keperlian untuk puak2 pembangkang. Gotahlantun suka dengan ketawa gomo ni sebab mengegarkan suasana keheningan alam cyber.
Pelakun lawak Saiful Apek pun ketawa juga, kwah..kwah...kwah..., ketawa kelakar yang semacam ini kekadang menghiburkan dikala kerisauan. Anak2 kecil pun ikut ketawa seperti itu.
Idola mereka, katanya.
Kengkawan di BPN pun ketawa juga, kami ketawa sebab suka apa yang berlaku sekarang ini. Puak2 pembangkang sehabis niat untuk menjatuhkan kerajaan BN, mereka menjolok dan mengait pelbagai buah isu, walaupun belum masak dengan tujuan untuk menghempap BN, alih2 mereka juga yang terkena. KAH KAH KAH..!
Ketawa kami ada pelbagai, dan kalau dihimpunkan dah semacam koir kebangsaan, yang penuh dengan irama. Ketawa kami untuk PR je.. Tahniah BPN.
Hai...hai...hai...hai... ketawalah lagi kata M. Daud Kilau.
Dan sekali lagi, kengkawan bloggers semua....
JOM KITA GELAK DAN KETAWA BERAMAI2....!!
KAH..KAH..KAH... HE..HE..HE..HAI..HAI..HAI..
KWAH...KWAH...KWAH...!!!!!
PADAN MUKA PR.!!
20090213
PIKIR DAN BUATLAH SESUATU. Eden terjumpa dan terbaca satu komen dari kawan blog yang eden rasa sepatutnya kita sama2 renungkan.
Kami tak tau apa akan jadi kat negara kita ni. Semenjak keputusan PRU 12 kluar, masih tak selesai lagi hal politik. Dari kaca TV sampai la ke surat khabar nyamuk, dari warung kopi pisang sesikat sampai la ke hotel mewah 5 bintang, dari pakcik nelayan sampai la ke Hang kebun. Cerita tadak lain, politik, politik, politik.
Wahai Pejuang Bangsa, Wahai Pejuang Rakyat, Wahai Pembesar Negara.
Tolong la berhenti sejenak dan fikirkan sekejap masalah rakyat terbanyak. Kami sekarang ni berdepan dengan kesusahan akibat kos sara hidup yang meningkat di tambah pula kesan sub prima kejatuhan ekonomi global. Banyak kilang dah tutup, banyak premis dah lingkup, banyak kes pembuangan pekerja secara bersistematik, meningkatnya kadar pengangguran yang drastik lalu meningkatnya kadar jenayah secara automatik.

Kini ramai rakyat bawahan yang kesusahan dan hidup penuh kesulitan. Harga getah jatuh. Harga sawit jatuh. Harga besi buruk pun jatuh.
Nak berniaga, pelanggan ramai tapi ramai nak masuk akaun sebab tak berduit.
Jadi kontraktor kecil, projek kerajaan turun, kroni yang pulun.
Masa depan kami kabur. Masa depan anak-anak kami bercampur baur.Perutkami tak kan kenyang dengan politik.

Anak-anak kami yang kelaparan tidak akan tido lena didendang pidato politik.
Suara kami hanya akan kami terjemahkan di dalam Peti-peti Undi. Suara rakyat, suara keramat.
Suara kami hanya akan kami terjemahkan di dalam Peti-peti Undi. Suara rakyat, suara keramat.
Oleh itu wahai pejuang bangsa, wahai pejuang rakyat, wahai pembesar negara.
Berhentilah seketika dan ayuh duduk semeja demi kebajikan rakyat terbanyak. Makmurkan ekonomi negara,jangan biarkan rakyat hidup dalam kesusahan kerana,
"Kemiskinan akan membawa kepada keganasan dan kekufuran".
"Kemiskinan akan membawa kepada keganasan dan kekufuran".
Pombosar2 negaro konolah pikirkan... Semua, tak kira parti dan bangso, kono pikirkan.
Samo2lah kito buek sesuatu.
Apo tunggu laee...!!!
Samo2lah kito buek sesuatu.
Apo tunggu laee...!!!
20090212
KASUT LAMO

Kasut,
Tapak kaki ku amat selesa,apabila berjalan jauh yang berliku dan jalan dekat yang memeritkan.
Bila baru sedap dipakai, bila lamo rasa nak buang.
Tetapi kau begitu bertuah dan glamour.
Kasut,
Di sana Bush nyaris terkena.
Tapi di sini....?
Mamak cendol di hujung jalan sana....?
Bebudak yang pot kat simpang jalan....?
Anjing Samy yang suka mengacau....?
ATAU
Yb2, politik yang ada dinegara kita....?
HuuuH....!!!

20090209
20090208
JANGAN HINA RAJA MELAYU.
KERANA RAJA , ISLAM MASIH DI JUNJUNG.
Sebagai seorang Melayu, saya juga terguris, tidak gembira dengan perkembangan terbaru ini terutama tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahu menyaman Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. – DR. MAHATHIR MOHAMAD (Bekas Perdana Menteri)
Tindakan mahu menyaman Sultan Perak adalah suatu langkah yang tidak bijaksana, berbaur politik, agenda pakatan pembangkang dan tidak menghormati hak raja di dalam Perlembagaan. Ia adalah amat memalukan, raja perlu dihormati. – MUHYIDDIN YASSIN (Naib Presiden UMNO)
Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara kita, institusi raja dilibatkan begitu agresif sehingga ke peringkat perundangan hanya akibat daripada kekecewaan politik segelintir pihak. – DR. AHMAD ZAHID HAMIDI (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
Seolah-olah kita (orang Melayu) jadi patung wayang kulit, Karpal Singh pula menjadi `tok dalang’, manakala Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pula mengadu domba. – JAMALUDIN YUSOF (Presiden Pekida)
Tindakan Karpal Singh itu seolah-olah cuba menjolok sarang tebuan. Beliau boleh membawa kes tersebut ke mahkamah namun implikasi yang akan ditanggung nanti begitu besar kerana orang Melayu tidak akan berdiam diri. – IBRAHIM ALI (Presiden Perkasa)
Anwar dan Karpal sama sahaja, misi mereka untuk menjatuhkan kerajaan dan sanggup melakukan apa sahaja termasuk memalukan kaum Melayu. Tindakan mereka membuktikan pembangkang berada dalam keadaan paling tertekan dan kehabisan idea untuk menipu rakyat. – FERIZ OMAR (Presiden Prowaris)
Menjunjung institutsi Raja adalah menjadi tanggungjawab warganegara Malaysia. Mana2 rakyat yang tak patuh pada agenda ini adalah dianggap bukan warganegara Malaysia. Mereka selayaknya dihalau dari bumi Malaysia ini.- GOTAHLANTUN (Anak Malaysia)

20090206
20090202
KURANG AJAR PUNYA BLOGGER ! ! !.
Salam buat semua...
Nampaknya blogger sekarang sudah melampau dan amat kurang ajar dalam mempermainkan agama suci ummat ISLAM iaitu ISLAM...
Sekarang sudah bertambah lagi blog yang menghina ISLAM dan RASULULLAH...
Ini semua kerja orang yang biadap, kurang ajar dan orang yang tidak bertamadun....
Mungkin perkataan ini nampak seperti biasa sahaja kepada mereka, tetapi mereka ini yang dilaknat Allah akan terima balasannya nanti......
Apa yang saya katakan ialah mengenai blog baru yang menghina ISLAM dan RASULULLAH iaitu blog 'SYURGA ISLAM: BETAPA INDAHNYA SYURGA ISLAM' dengan menggunakan URL http://syurga-islam.blogspot.com/...
Apa yang lebih biadap dan kurang ajar lagi apabila blog ini menggunakan nickname RASULULLAH kita iaitu 'Nabi Muhammad SAW'...
REVO:
Marilah kita bangkit dan tentang bersama-sama blog laknatullah ini agar agama kita, ISLAM tidak dicemar dan dicemuh oleh orang biadap dan bangsat ini.........
Saya menggesa agar semua ummat ISLam bangun dan jangan kita tidur lagi serta sedarlah bahawa agama kita, ISLAM sedang dipermainkan oleh pihak yang biadap ini....
SAYA JUGA MENGGESA KEPADA SEMUA AHLI DAN PENYOKONG BLOGGERS PEMBELA NEGARA (BPN) UNTUK MEMAINKAN PERANAN KITA DALAM MEMPERTAHANKAN ISLAM...
TOLONG BANGKIT SEMUA....
SEDARLAH.......
BANGUNLAH.......
BANGKITLAH.....
ALLAHU AKBAR...........
ALLAHU AKBAR........
ALLAHU AKBAR...........
Ya Allah, kau hapuskanlah manusia laknatullah ini dan aku mengharap kau dapat memberi petunjuk serta balasan yang amat setimpal kepada hamba-Mu yang menghina serta menentang agama-Mu.......
AMIN............
Terima kasih.....
Salam...Selamat Berjuang.....
Posted by The Revolution at Monday, February 02, 2009

BANGUNLAH.......BANGKITLAH.....

SEJARAH YANG SUKAR DISEMBUNYI:PEJUANG MELAYU DIKHIANAT MELAYU
Pejuang-pejuang awal bangsa Melayu tetap dikhianati oleh bangsanya, seperti tragedi pertikaman Hang Jebat dan Hang Tuah di istana Melaka sekitar dekad 1460-an.
Urutan peristiwa berkenaan diteruskan apabila Dato’ Lela Merah Dol Said dikhinati oleh Syed Syaaban Ibrahim al-Qadri pada 1832, berikutan janji British menyerahkan Tampin sebagai wilayah pemerintahannya.
Sekitar tahun 1969 apabila Mat Kilau tampil mengisytihar identitinya di Maran, Pahang beliau sempat diwawancara oleh Pak Sako dengan memberitahu kegagalan Melayu melawan British pada 1891 disebabkan karektor mereka sama seperti ‘manggis’.
Definasi ‘manggis’ yang diterjemahkan sendiri oleh Pak Sako ialah bunga manggis di buntut buah menggambarkan jumlah isi di dalamnya.
Sekiranya bunga dibuntut kembang lima, bermakna isi manggis berkenaan lima; begitu juga kali empat atau enam memang tak mungkir jumlahnya sama.
Maknanya, bangsa Melayu tak mampu menyimpan rahsia seperti definasi manggis. Apalagi manggis yang berwarna hitam di luar, tetapi di dalam tetap putih dan rasanya manis.
Di samping getah manggis tak membawa ancaman seperti keperihalan getah bacang.
Barangkali !!
Bekas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Tan Sri Abdul Samad Idris juga mempunyai pandangan sinis terhadap kebobrokan bangsa Melayu tak mengikut falsafah bangsanya ‘berinduk bak ayam, berjunjung bak sirih, berumpun bak serai’.
Pemilihan ayam sebagai ‘induk’ selaras dengan sifatnya akan mengekaskan makan untuk anak-anaknya terlebih dahulu.
Selepas anak-anaknya kenyang mengisi tembolok, barulah si induk mematuk untuk dirinya. Berbeza dengan sikap manusia yang lebih pentingkan tembolok sendiri, dengan membiarkan anak-anak kebulur.
Begitu juga pemilihan ‘sirih’ yang naik ke atas menerusi junjungnya, tak pernah melilit untuk menjulang pucuknya hingga menjolak tinggi.
Sebaliknya ‘sirih’ sekadar melekap kepada junjungnya bagi memastikan pucuk menjulur naik ke atas secara berhemah.
Aduhai!
Spesies ‘serai’ juga tetap setia bersama rumpunnya dengan tak mengira kecil atau besar sentiasa dirangkum bersama hingga berasak-asak dengan kesatuan yang sukar diperkotak-katikkan.
Berbeza dengan ‘rumpun’ padi mahupun buluh yang mudah dipisahkan disebabkan kesatuannya terlalu longgar; apalagi buluh turut memencilkan ‘rebung’ jauh dari rumpunnya.
Bagi masyarakat beradat mereka menjadikan ayam, sirih dan serai sebagai sumber aspirasi dalam menjana keseimbangan hidup kerana disebut dalam perbilangannya:
Penakik pisau seraut
ambil galah batang lintabung
seludangnya buatkan nyiru
setitik jadikan laut
sekepal jadikan gunung
alam terbentang jadikan guru.
Sayangnya kepongahan manusia moden sukar menerima hakikat ‘alam terkembang jadikan guru’ itu.
Pengalaman
Gamaknya!

20090127
WADAH PERJUANGAN ASAL
Pada pandangan saya yang kecil ini... UMNO bukannya perlukan penjenamaan atau perubahan yang macam-macam. UMNO hanya perlu kembali kepada perjuangan asal. Berjuang untuk Islam, Bangsa dan Negara. Berjuang untuk bangsa bukan semata-mata bangsa Melayu sahaja tapi juga untuk semua bangsa di Malaysia.
UMNO perlu mencari dan kembali menjadi wadah perjuangan, pencetus minda dan menjadi jambatan antara rakyat dengan pemimpin. Kembalikan tugas UMNO sebagai tempat orang ramai mengadu kesusahan, tempat menyalurkan bantuan, tempat orang mencari perlindungan dan menjadi payung bagi rakyat.
Perjuangan ini bukan hanya terletak di bahu pemimpin Negara bahkan di kalangan ahli tempatan dan peringkat bawahan. Apa gunanya jawatankuasa cawangan dan jawatankuasa bahagian sekiranya jiran sekampung pun ada yang melarat. Apa gunanya mesyuarat tiap-tiap bulan kalau permasalahan rakyat yang asas seperti masalah air, elektrik dan jalan tak dapat diselesaikan. Apa gunanya belanjawan dibentang, bantuan yang dihulurkan tak sampai-sampai kebawah.
Kembalilah kepada perjuangan dahulu… kepada YB-YB Janganlah datang bila ada kompang dan jemputan rasmi sahaja. Tak salah kita menjenguk mereka yang sakit… menghadiri kenduri-kendara…. Selalu-selalulah singgah di pasar malam atau pasar tani… sesekali berbual dan bertemu di kedai kopi dan berjemaah disurau2 dan masjid2.
Pendekatan sebegini akan mendekatkan lagi antara pemimpin dengan rakyat dan antara rakyat dengan pemimpin.
Berkhidmatlah untuk rakyat dan bersamalah dengan rakyat dan saya yakin tuan-tuan dan dato'-dato' pasti akan dihormati dan UMNO akan kembali disanjungi.
Posted by Azizahns at 6:58 AM

20090121
Berubah atau tidak jom kita tengok..
Pemimpin dulu sangat jauh bezanya daripada pemimpin yang ada sekarang. Ramai pemimpin terdahulu bersifat bawahan yang amat terserlah. Mereka ini amat rajin turun kebawah bersama rakyat tanpa mengira status majlis yang diadakan.
Tanpa mengikut protokol, minum kopi, makan nasi lemak sambil bersembang dan bertanyakan permasalahan rakyat. Ada pemimpin yang sanggup bermalam dalam suasana kampung bagi merasai nikmat kesulitan orang kampung.
Bila ada majlis kenduri, pemimpin tanpa rasa kekok untuk kebelakang rumah untuk bertanya khabar dan memasak bersama.
Pernah ada pemimpin yang turun bersama ke sawah untuk menanam padi, dan kekadang mandi lumpur ketika menangkap ikan.
Sebenarnya di sinilah permasalahan peringkat bawah dapat diketahui dan diambil tindakan.
Apakah ada YB sekarang yang bersifat terdahulu?. Terasa semacam tak ada klon yang sebegitu lagi sekarang. Yang ada adalah YB yang bermegah dengan harta dan kemewahan. Jangankan bergaul dengan yang dibawah, nak pandang pun antara nak dengan tidak. Minum diwarung adalah tiada makna bagi mereka. Mereka lebih selesa di tempat yang ada klass dan disamping kelompok sendiri.
Dari kepimpinan atas hingga pemeriksa kira-kira , selalu tidak hadir dalam majlis yang diadakan dibawah yang menggambarkan bahawa mereka sebenarnya tidak peka dengan kehendak di peringkat bawahan dan sering berlagak dalam kelompok sendiri .
Malahan bukan sekadar menggunakan alasan kesibukan bagi mengelakan turun bersama rakyat tetapi ada juga yang suka menipu dengan memberikan berbagai alasan termasuk mengakui sering berada di peringkat bawah sedangkan bila di selidiki , kebenarannya adalah palsu .
Patut lah orang makin lama makin kurang selesa dengan parti keris , silap haribulan pindah ke parti bulan atau parti mata , tak ke haru..
Dan akhirnya barulah sedar rakyat tak suka lagi sedangkan pada masa itu , nasi sudah jadi bubur .
Kata nak berubah, maka inilah masanya.
Langgan:
Catatan (Atom)