20090415

POLITIK TAHI AYAM


TELERAILAH SUDAH KABINET MALAYSIA 2009. DI KETUAI OLIH DATO' SRI NAJIB TUN RAZAK. PM KITA YANG KE 6.

SELEPAS ANGKAT SUMPAH YANG DI SEMPURNAKAN DI HADAPAN YANG DI PERTUAN AGUNG, SEMUA PARA MENTERI BERAZAM BERSUNGUH SUNGUH BEKERJA KUAT UNTUK MEMBANGUNKAN NEGARA DAN DENGAN ILTIZAM UNTUK MEMBELA NASIB RAKYAT.

NAMPAKNYA SEMUA MENTERI TERMASUK BOSNYA , BERIA2 MENGEPAM SEMANGAT DARAH DIBADAN.

BOS, AWAL AWAL LAGI DAH TURUN PADANG MENERJAH.

MENTERI SUKAN, DAH BERIA IA MENCARI KASUT SUKAN NAK TURUN PADANG.

MENTERI JALAN, DAH MULA BERHUJAN DAN PANAS BERJALAN SANA SINI.

MENTERI PERLADANGAN, DAH MULA MENCARI CARI CANGKUL.

MENTERI PENGAJIAN TINGGI, DAH BERAZAM MENCARI SERAMAI MUNGKIN PELAJAR UNTUK DIASUH.

MENTERI LUAR BANDAR, KELIHATAN MERAYAU RAYAU DI HULU MUKIM.

MENTERI KESIHATAN, DAH MULA BELAJAR MACAMANA NAK BAGI SUNTIKAN.

MENTERI PERUMAHAN, BERSUNGGUH SUNGGUH MEMIKIRKAN BAGAIMANA MEMBUAT RUMAH.

MENTERI WANITA, DAH BERKIRA KIRA NAK BUAT MESYUARAT TINGKAP SEKERAP YANG BOLIH.

MENTERI PENERANGAN , KELIHATAN KEHULU KEHILIR DENGAN KAMERA.

MENTERI PERTAHANAN, SIBUK MENEMPAH UNIFORM UNTUK PERGI OPERASI TIKUS.


BEGITULAH, KELIHATAN BERTENAGA SEKALI PARA PEMBESAR NEGARA.
BERSUNGGUH SUNGGUH UNTUK BERKHIDMAT DAN BERBAKTI UNTUK RAKYAT YANG MEMILIH MEREKA.
SUDAH PASTI ORANG ORANG YANG TERDEKAT DENGAN MENTERI AKAN TURUT SERTA BERGANDING BAHU DAN LENGAN DEMI NEGARA TERCINTA.
TANPA MEMBUANG DAN MELENGAHKAN MASA PARA MENTERI TERUS BEKERJA DAN BEKERJA.

BAGI RAKYAT BAWAHAN, BEGITULAH HARAPAN DAN HASRAT YANG MENGUNUNG. MAHUKAN ORANG YANG MEREKA LANTIK BEKERJA UNTUK MEREKA TANPA BERLENGAH DAN BERSUNGGUH. TAHNIAH!

TETAPI,
YE KE?
BETUL KE?
YANG BENAR?

ATAU HANGAT HANGAT TAHI AYAM!?