20091115

Berubah atau tidak jom kita tengok..



Pemimpin dulu sangat jauh bezanya daripada pemimpin yang ada sekarang. Ramai pemimpin terdahulu bersifat bawahan yang amat terserlah. Mereka ini amat rajin turun kebawah bersama rakyat tanpa mengira status majlis yang diadakan.
Tanpa mengikut protokol, minum kopi, makan nasi lemak sambil bersembang dan bertanyakan permasalahan rakyat. Ada pemimpin yang sanggup bermalam dalam suasana kampung bagi merasai nikmat kesulitan orang kampung.
Bila ada majlis kenduri, pemimpin tanpa rasa kekok untuk kebelakang rumah untuk bertanya khabar dan memasak bersama.
Pernah ada pemimpin yang turun bersama ke sawah untuk menanam padi, dan kekadang mandi lumpur ketika menangkap ikan.
Sebenarnya di sinilah permasalahan peringkat bawah dapat diketahui dan diambil tindakan.
Apakah ada YB sekarang yang bersifat terdahulu?. Terasa semacam tak ada klon yang sebegitu lagi sekarang. Yang ada adalah YB yang bermegah dengan harta dan kemewahan. Jangankan bergaul dengan yang dibawah, nak pandang pun antara nak dengan tidak. Minum diwarung adalah tiada makna bagi mereka. Mereka lebih selesa di tempat yang ada klass dan disamping kelompok sendiri.
Dari kepimpinan atas hingga pemeriksa kira-kira , selalu tidak hadir dalam majlis yang diadakan dibawah yang menggambarkan bahawa mereka sebenarnya tidak peka dengan kehendak di peringkat bawahan dan sering berlagak dalam kelompok sendiri .
Malahan bukan sekadar menggunakan alasan kesibukan bagi mengelakan turun bersama rakyat tetapi ada juga yang suka menipu dengan memberikan berbagai alasan termasuk mengakui sering berada di peringkat bawah sedangkan bila di selidiki , kebenarannya adalah palsu .
Patut lah orang makin lama makin kurang selesa dengan parti keris , silap haribulan pindah ke parti bulan atau parti mata , tak ke haru.
Dan akhirnya barulah sedar rakyat tak suka lagi sedangkan pada masa itu , nasi sudah jadi bubur .
Kata nak berubah, maka inilah masanya.