MACAM MACAM CERITA KAT LUAR SANA....
Rata-rata berpendapat, Khairy yang menang 'dengan gaya' bakal berhadapan dengan Nasruddin Hassan yang berasal dari Pahang dan berkelulusan daripada Universiti Al-Azhar, Mesir selaku peneraju baru Pergerakan Pemuda PAS selepas Salahudin Ayob melepaskan jawatannya nanti. Dan rata-rata juga berpendapat, 'Budak Hitam' menantu Dolah Badawi itu, bukan tandingan Nasruddin Hassan yang lebih petah, cekap dan berwibawa dalam perdebatan mahupun gerak kerja berdasarkan situasi yang berlaku kini.
Tu satu cerita....
Di Pulau Pinang, mantan Timbalan Ketua Menteri 1, Fairuz Khairuddin telah ditahan dan disoalsiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung dakwaan rasuah membabitkan sebuah kuari di Seberang Perai.
Tu satu cerita....
Di Perak, duit, beras dan gula kini sedang bersepah-sepah diedarkan di kawasan Bukit Gantang. Cuma kali ini, rasuah tersebut tidak dibuat oleh UMNO yang masih berkonflik di PWTC tetapi 'orang-orang' dari PAS untuk para penduduk yang bakal menentukan siapa sebenarnya penguasa di sana.
Tu satu cerita....
Betulkah di zaman gawat ini ada kerajaan negeri Pakatan Rakyat naikkan elaun exco untuk melawat luar negara dan elaun duit poket untuk belanja semasa di luar negara.Kalau Umno/BN, lama dah PAS/PKR hantam habis-habisan.
Lagi, Apa cerita?.
20090326
Langgan:
Catatan (Atom)