20090401

PAS (baru) BERJAYA DAKWAHKAN SI KAFIR






Alangkah bangganya hati apabila mendengar ceramah dua orang kafir yang memberikan salam sepenuh-penuhnya dan potongan ayat-ayat suci Al Quran kepada para pendengar yang majoritinya beragama Islam, berketayap dan tidak kurang juga yang berjubah.






Terlebih-lebih bangga apabila salam diberikan, maka dijawablah dengan penuh bersungguh-sungguh hati sambil tersenyum-senyum bangga kerana si kafir telah menghafaznya dengan penuh tertib dan cuba setartil yang mungkin. Lebih kembang lagi apabila selesai sahaja bacaan ayat tersebut yang lengkap dengan nombor ayat, surah, dan terjemahan ertinya, maka para hadirin pun menyahutnya dengan sekuat-kuat hati dan bersemangat... ALLAHU AKBAR! TAKBIIIIIRRRR!!!







Cuma satu kemusykilan kepada si jahil yang mencemik dan mencebik apabila dibacakan ayat tersebut. Didengarnya, ayat berkenaan dipetik dari Surah Aura (Anbia? -- tetapi tiada pula ertinya ayat yang dibacakan sama seperti ayat 90 Surah al-Anbiyaa') dari ayat 90. Lantas ditetapkanlah di dalam hati si jahil bahawa benarlah ada ayat dan surah berkenaan kerana si pemimpin berketayap dan berserban di atas pentas tidak pula menegur bahkan terpegun akan kefasihan si kafir itu. Atau boleh jadi telinganya telah dibisikkan oleh syaitan danIblis belaan sehingga tidaklah dia mendengar yang sebenar-benarnya dengar.






Ternyata Syaidatina Fatimah Al-Khattab r.a telah melakukan kesalahan yang besar kerana tidak memahami maksudnya dakwah dengan tidak membenarkan abangnya yang masih belum beriman (suci) membacakan lembaran yang mengandungi ayat-ayat suci firman Allah Taala. Dan tidaklah pula bersesuaian dengan kehendak Rasulullah s.a.w yang mengajarkan bagaimana sambutan salam dibuat apabila si kafir memberikan salamun alaik kepada si Islam biarpun si Islam itu tidaklah kukuh pegangan akidahnya apatah lagi yang telah kukuh dan ditanamkan di dalam jiwanya bahawa akidahnya sahaja yang benar dan diredhai Allah Taala.







Seorang kawan yang turut berjamaah di sebuah masjid di Taiping, sangat maklum akan perihal imam masjid yang memberikan laluan kepada Nizar Jamaluddin untuk menjadi imam solat Maghrib. Dipujinya imam tua itu kerana tahu akan adabnya biarpun dia terlebih maklum akan adab seorang imam sama ada suruhan mahupun tegahan menjadi imam. Maka menjadilah imam akan si Nizar dengan pesanan dalam takbiratul ihram pertama akan ayat yang maksudnya 'berpeganglah kamu dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah' dan disusuli dalam takbiratul ihram kedua dengan ayat yang bermaksud 'Wahai orang-orang kafir'.. yang kesudahan ayat tersebut bermaksud 'bagi kamu adalah agama kamu dan bagiku agamaku.' Lantas diceritakanlah oleh si imam Nizar di dalam blognya akan kesombongan lawannya yang menegah akan dia meneruskan majlis berkenaan.








Disusuli pula dengan tazkirah dan tafsir akan ayat-ayat yang telah dibaca oleh si imam Nizar. Malangnya majlis ilmu itu dihalang pula oleh lawannya yang turut menjadi jamaah, bersolat sebagai makmum dalam saf yang tidak terpecah, mengaminkan doa yang dibaca biarpun doa itu mencelakakan mereka. Malang sungguh mereka, kerana mereka itu tidak tahu bahawa mereka telah dikenakan dan disindir. Mungkin seandainya mereka faham akan agama Islam dan bukan Islam di kad pengenalan, pastinya mereka akan bertindak keluar saf dan mendirikan solat berjamaah secara berasingan seperti yang dilakukan oleh jamaah yang Islam sifat dan imejnya.






Maha Suci Allah...





pinjam: Cucu Tok Wan