Berubah atau tidak jom kita tengok..
Pemimpin dulu sangat jauh bezanya daripada pemimpin yang ada sekarang. Ramai pemimpin terdahulu bersifat bawahan yang amat terserlah. Mereka ini amat rajin turun kebawah bersama rakyat tanpa mengira status majlis yang diadakan.
Tanpa mengikut protokol, minum kopi, makan nasi lemak sambil bersembang dan bertanyakan permasalahan rakyat. Ada pemimpin yang sanggup bermalam dalam suasana kampung bagi merasai nikmat kesulitan orang kampung.
Bila ada majlis kenduri, pemimpin tanpa rasa kekok untuk kebelakang rumah untuk bertanya khabar dan memasak bersama.
Pernah ada pemimpin yang turun bersama ke sawah untuk menanam padi, dan kekadang mandi lumpur ketika menangkap ikan.
Sebenarnya di sinilah permasalahan peringkat bawah dapat diketahui dan diambil tindakan.
Apakah ada YB sekarang yang bersifat terdahulu?. Terasa semacam tak ada klon yang sebegitu lagi sekarang. Yang ada adalah YB yang bermegah dengan harta dan kemewahan. Jangankan bergaul dengan yang dibawah, nak pandang pun antara nak dengan tidak. Minum diwarung adalah tiada makna bagi mereka. Mereka lebih selesa di tempat yang ada klass dan disamping kelompok sendiri.
Dari kepimpinan atas hingga pemeriksa kira-kira , selalu tidak hadir dalam majlis yang diadakan dibawah yang menggambarkan bahawa mereka sebenarnya tidak peka dengan kehendak di peringkat bawahan dan sering berlagak dalam kelompok sendiri .
Malahan bukan sekadar menggunakan alasan kesibukan bagi mengelakan turun bersama rakyat tetapi ada juga yang suka menipu dengan memberikan berbagai alasan termasuk mengakui sering berada di peringkat bawah sedangkan bila di selidiki , kebenarannya adalah palsu .
Patut lah orang makin lama makin kurang selesa dengan parti keris , silap haribulan pindah ke parti bulan atau parti mata , tak ke haru..
Dan akhirnya barulah sedar rakyat tak suka lagi sedangkan pada masa itu , nasi sudah jadi bubur .
Kata nak berubah, maka inilah masanya.
SALAM.
BalasPadamBETULLAH GOTAH JIKA MAHU JADI PEMIMPIN SEJATI DAN DEKAT DENGAN RAKYAT, MACAM ITULAH CARANYA.
DAN BUKAN DUDUK SAJA DALAM OFIS SAMBIL MEMBESARKAN PERUT.
JIKALAU MACAM ITULAH LAGI SIKAP PEMIMPIN2 SEKARANG TANPA BUAT PERUBAHAN ALAMAT RAKYAT AKAN BERALIH ARAH LA JAWABNYA...
Salam Gotah
BalasPadamBAHAYA BILA TERANTUK,
BARU TENGADAH !
Benar kata perumpamaan ini
Rumah sudah, pahat berbunyi
PAU ditunda MAC 2009 nanti
Pemilihan Bahagian tetap jadi
UMNO sinonim parti melayu
Hina bangsa jika UMNO layu
Merdeka negara tika bersatu
PRU 12, UMNO terpalit malu
Putusan PRU12 tercatat sejarah
UMNO/BN dipandu oleh pak lah
Di P.Pinang, BN terbukti kalah
Negeri pak lah pun bermasalah
Jika apa dikata akan laksanakan
Episod baru UMNO diyakinkan
Demi UMNO, pak lah utamakan
Peranan Najib perkemas pasukan
Selaku ketua yang akan berundur
Insafi Tunku dan Dato Onn undur
Tiada prasyarat peribadi susunatur
Semoga UMNO kembali masyhur
Pak lah dan najib, rakyat perhati
Apa diucapkan, itulah akan jalani
Jika terlintas keutamaan peribadi
Mohon patuhi kemahuan majoriti
Demi agama, bangsa dan negara
UMNO bukan parti hak keluarga
Pesanan Hang Tuah usah disenda
Bila terantuk baru tengadah, bala..
umno / bn perlu ada anjakan pradigma.
BalasPadam1. yb-yb kena turun padang dan dengar luahan / masalah rakyat bukannya datang bagi ucapan panjang-panjang. rakyat tak nak dengar lagi dah ucapan yb-yb ni. mereka nak yb-yb ni dengar masalah mereka dan ambil tindakan.
2. perkemaskan agensi kerajaan. kakitangan kerajaan malas, ambil tindakan. yang buruk nanti nama bn jugak walhal kakitangan kerajaan yang tido dan pekak tak buat kerja.
belum jadi YB sanggup jalan kaki masuk kampung, celah belukar sanggup diradah.kalau ada orang sakit sanggup diusung kekereta untuk dibawa ke klinik/hospital.Tapi bila dah menang jadi YB ubah personaliti, tak lagi masuk ke kampong berjalan kaki hanya sekadar menghantar belaci. Orang kampung ternanti-nanti nak mengadu kepada YB tapi YB buat tak reti. Tak sampai sepenggal jadi YB dah jadi kaya raya hidup bergaya. Tunggu sekali lagi Pilihanraya baru nak terhegeh-hegeh tunjuk muka.Asyik cerita perkara yang sama orang pun meloya.
BalasPadamAlahai, takkan kau tak tahu apa Waad buek kat Monceh tu dulu. Kamil apa cam lak?
BalasPadamDAH ADA PEMIMPIN YANG BAGUS... COPEK PLAK POGI EEEE...
BalasPadamDAH KEHENDAK TUHAN..