20090304


PILIHLAH NAKHODA YANG TERBAIK.




Senario politik masa kini turut menjangkiti gejala sikap 'orang yang ada kepentingan diri nak bunuh karier politik orang yang berkredibal dan berwibawa’.



Beginilah hakikatnya dari pandangan mata kasar khalayak yang rasa terkilan dengan sikap rakus segelintir ahli-ahli UMNO yang sanggup berhempas pulas sehingga hilang maruah diri semata-mata untuk mempertahankan kedudukan yang dianggapnya `hak untuk sepanjang hayat’.



Kalau ini terus dibiarkan, sudahnya, orang yang jujur dan ikhlas dalam perjuangannya tidak boleh berbuat apa-apa kerana disebabkan orang yang ada kepentingan diri cuba untuk menyekat perjuangan mereka, kerana dianggapnya boleh mengancam kedudukan dan menjejaskan hasil pendapatannya yang selama ini boleh dipulun semahunya dengan mudah.



Apakah makna perjuangan itu sebenarnya?
Untuk bangsakah, untuk agamakah, untuk negarakah atau untuk diri sendiri?



Kalau politik dijadikan sebagai medan yang rakus untuk melombong emas tanpa mempedulikan kepentingan rakyat keseluruhan, makanya, ditakuti barisan kepimpinan yang dipilih berlandaskan emosi mengatasi kebijaksanaan akal, adalah dikalangan yang `gila kuasa’. Akan terbarislah nanti kepimpinan yang sebenarnya adalah mengkhianat bangsa, agama dan negara sendiri.



Di akui, perjuangan yang jujur dan ikhlas itu, sering dihalangi dengan tangan-tangan khianat dan mulut-mulut cepular yang cuba untuk memendekkan langkah orang-orang yang ikhlas untuk berjuang. Janji hatinya puas, asalkan kedudukannya tidak terjejas dan kehendak hati untuk mendapatkan sesuatu tidak tersekat.



Pemimpin seperti inikah sebenarnya yang perlu kita pertahankan untuk kesinambungan perjuangan kepada anak bangsa?. Sanggupkah kita mencalarkan amanah yang ditinggalkan oleh pejuang-pejuang terdahulu semata-mata kerana sudah dibutakan hati dengan lambakan wang ringgit dan kuasa?



Oleh itu, masih belum terlambat untuk ahli-ahli UMNO kembali sedar dalam kelekaan dan terpengaruh dengan simbolik perjuangan mereka yang ada kepentingan diri sendiri.Jangan nanti kita hanya nampak kuman di seberang laut, sedangkan gajah di depan mata kita tak nampak.



Ditakuti nanti kuman yang dipanggil itu tanpa kita sedar, akan sedikit demi sedikit memamah diri sendiri.Jika di antara kita sudah dapat melihat ada di kalangan pemimpin yang elok budi pekertinya, mulia akhlaknya dan bijak akalnya, pertahankanlah dengan semangat yang kental tanpa mudah dipengaruhi oleh mereka-mereka yang suka menghasut, memecahbelahkan dan memburuk-burukkan sesama manusia.



Jangan nanti kita jadi `yang dikejar tak dapat dan yang dikendong pula berciciran’.
Yang berciciran belum pasti kita dapat menghimpunkannya semula menjadi seperti asal.

3 ulasan:

  1. YO GOTAH!!
    AKU PUN MENGHARAPKAN YANG SAMA.
    HARAP PARA AHLI UMNO YANG MENGUNDI BAGI PEMILIHAN NANTI MEMIKIRKAN MASAK-MASAK AKAN HAL INI.

    UMNO PERLU DIBERSIHKAN...
    PERLU DI BERI KEYAKINAN BARU DALAM MENERUSKAN PERJUANGAN....

    NAK JOIN GOTAH???
    KAU EMEL AKU..
    gomo_no1@yahoo.com.my
    kita ym..ada pekara penting!!!

    BalasPadam
  2. Seruan yang ikhlas.

    Masej yang patut didengari dan difahami oleh semua ahli umno.

    BalasPadam
  3. salam,

    semoga umno/bn akan bangkit semula pada suatu masa nanti..insyaallah

    BalasPadam

Adalah menjadi tanggungjawab anda dalam membuat ulasan dan komen.