SEJARAH YANG SUKAR DISEMBUNYI:PEJUANG MELAYU DIKHIANAT MELAYU
Pejuang-pejuang awal bangsa Melayu tetap dikhianati oleh bangsanya, seperti tragedi pertikaman Hang Jebat dan Hang Tuah di istana Melaka sekitar dekad 1460-an.
Urutan peristiwa berkenaan diteruskan apabila Dato’ Lela Merah Dol Said dikhinati oleh Syed Syaaban Ibrahim al-Qadri pada 1832, berikutan janji British menyerahkan Tampin sebagai wilayah pemerintahannya.
Sekitar tahun 1969 apabila Mat Kilau tampil mengisytihar identitinya di Maran, Pahang beliau sempat diwawancara oleh Pak Sako dengan memberitahu kegagalan Melayu melawan British pada 1891 disebabkan karektor mereka sama seperti ‘manggis’.
Definasi ‘manggis’ yang diterjemahkan sendiri oleh Pak Sako ialah bunga manggis di buntut buah menggambarkan jumlah isi di dalamnya.
Sekiranya bunga dibuntut kembang lima, bermakna isi manggis berkenaan lima; begitu juga kali empat atau enam memang tak mungkir jumlahnya sama.
Maknanya, bangsa Melayu tak mampu menyimpan rahsia seperti definasi manggis. Apalagi manggis yang berwarna hitam di luar, tetapi di dalam tetap putih dan rasanya manis.
Di samping getah manggis tak membawa ancaman seperti keperihalan getah bacang.
Barangkali !!
Bekas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Tan Sri Abdul Samad Idris juga mempunyai pandangan sinis terhadap kebobrokan bangsa Melayu tak mengikut falsafah bangsanya ‘berinduk bak ayam, berjunjung bak sirih, berumpun bak serai’.
Pemilihan ayam sebagai ‘induk’ selaras dengan sifatnya akan mengekaskan makan untuk anak-anaknya terlebih dahulu.
Selepas anak-anaknya kenyang mengisi tembolok, barulah si induk mematuk untuk dirinya. Berbeza dengan sikap manusia yang lebih pentingkan tembolok sendiri, dengan membiarkan anak-anak kebulur.
Begitu juga pemilihan ‘sirih’ yang naik ke atas menerusi junjungnya, tak pernah melilit untuk menjulang pucuknya hingga menjolak tinggi.
Sebaliknya ‘sirih’ sekadar melekap kepada junjungnya bagi memastikan pucuk menjulur naik ke atas secara berhemah.
Aduhai!
Spesies ‘serai’ juga tetap setia bersama rumpunnya dengan tak mengira kecil atau besar sentiasa dirangkum bersama hingga berasak-asak dengan kesatuan yang sukar diperkotak-katikkan.
Berbeza dengan ‘rumpun’ padi mahupun buluh yang mudah dipisahkan disebabkan kesatuannya terlalu longgar; apalagi buluh turut memencilkan ‘rebung’ jauh dari rumpunnya.
Bagi masyarakat beradat mereka menjadikan ayam, sirih dan serai sebagai sumber aspirasi dalam menjana keseimbangan hidup kerana disebut dalam perbilangannya:
Penakik pisau seraut
ambil galah batang lintabung
seludangnya buatkan nyiru
setitik jadikan laut
sekepal jadikan gunung
alam terbentang jadikan guru.
Sayangnya kepongahan manusia moden sukar menerima hakikat ‘alam terkembang jadikan guru’ itu.
Pengalaman
Gamaknya!
20090202
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Sedih saya melihatkan gelagat orang melayu. Dari dulu hingga kini hidup penuh dengan hasad dengki.Demi mencapai hajat di hati rela korbankan bangsa sendiri.
BalasPadamsalah siapa?
BalasPadamhmm~ rakyat yang sedar bukannya xnak memberontak, tapi kalau ganyang keras2,
nanti darurat, bangsa sendiri jugak yang kene,
ape punye sengal la pemimpin kite nieh!~