20090127

WADAH PERJUANGAN ASAL





Pada pandangan saya yang kecil ini... UMNO bukannya perlukan penjenamaan atau perubahan yang macam-macam. UMNO hanya perlu kembali kepada perjuangan asal. Berjuang untuk Islam, Bangsa dan Negara. Berjuang untuk bangsa bukan semata-mata bangsa Melayu sahaja tapi juga untuk semua bangsa di Malaysia.


UMNO perlu mencari dan kembali menjadi wadah perjuangan, pencetus minda dan menjadi jambatan antara rakyat dengan pemimpin. Kembalikan tugas UMNO sebagai tempat orang ramai mengadu kesusahan, tempat menyalurkan bantuan, tempat orang mencari perlindungan dan menjadi payung bagi rakyat.


Perjuangan ini bukan hanya terletak di bahu pemimpin Negara bahkan di kalangan ahli tempatan dan peringkat bawahan. Apa gunanya jawatankuasa cawangan dan jawatankuasa bahagian sekiranya jiran sekampung pun ada yang melarat. Apa gunanya mesyuarat tiap-tiap bulan kalau permasalahan rakyat yang asas seperti masalah air, elektrik dan jalan tak dapat diselesaikan. Apa gunanya belanjawan dibentang, bantuan yang dihulurkan tak sampai-sampai kebawah.


Kembalilah kepada perjuangan dahulu… kepada YB-YB Janganlah datang bila ada kompang dan jemputan rasmi sahaja. Tak salah kita menjenguk mereka yang sakit… menghadiri kenduri-kendara…. Selalu-selalulah singgah di pasar malam atau pasar tani… sesekali berbual dan bertemu di kedai kopi dan berjemaah disurau2 dan masjid2.


Pendekatan sebegini akan mendekatkan lagi antara pemimpin dengan rakyat dan antara rakyat dengan pemimpin.


Berkhidmatlah untuk rakyat dan bersamalah dengan rakyat dan saya yakin tuan-tuan dan dato'-dato' pasti akan dihormati dan UMNO akan kembali disanjungi.



Posted by Azizahns at 6:58 AM