20100401

CINO YANG RASIS


TERPANGGIL sungguh saya bila terbaca tajuk berita Sangkal Melayu bolot segalanya di muka 10 akhbar Mingguan Malaysia pada 28 Mac 2010 untuk meluahkan pandangan orang kebanyakan seperti saya.




Saya bersetuju sangat supaya bancian komprehensif dibuat seperti yang disarankan Tun Dr. Mahathir Mohamad agar rakyat tidak dikelirukan dengan dakyah-dakyah yang mempunyai agenda-agenda tertentu dan tidak mementingkan keharmonian masyarakat Malaysia.


Sebagai rakyat biasa, saya berasa curiga dengan pendapat "Melayu bolot segalanya" kerana pada mata yang memerhati ini, saya dapat lihat bahawa pendapat itu sepatutnya berbunyi "Orang-orang Melayu dan pribumi lain tidak mendapat sebanyak faedah yang sepatutnya mereka dapat selepas 30 tahun Dasar Ekonomi Baru dilancarkan" dan sepatutnya mereka mendapat penjelasan daripada kerajaan yang melancarkannya, mengapa ini terjadi.


Perhatikan saja kawasan-kawasan perumahan, siapakah pemilik-pemilik kondominium dan rumah-rumah yang besar dan berharga mahal itu. Berapa peratuskah kedai-kedai serta premis perniagaan yang menjadi milik Bumiputera sehingga kini. Kalau ada pun orang Melayu yang tinggal di rumah-rumah besar (seperti di Putrajaya), itu adalah bersifat sementara kerana kebanyakannya adalah rumah kerajaan.


Sedihnya hampir keseluruhan rumah-rumah murah serta flat-flat kos murah adalah milik orang Melayu. Kalau saya tunggu di tepi jalan, saya akan lihat hampir kesemua kereta nasional yang berharga murah dan sederhana serta kereta-kereta lama adalah milik orang Melayu dan India, sedangkan kereta-kereta import dan kereta mewah hampir keseluruhannya milik kaum Cina.


Kalau orang Melayu yang memandu kereta mewah, realitinya belum tentu itu kereta miliknya, mungkin sekadar seorang driver saja.


Bukan prasangka rasis tetapi ia menunjukkan kedudukan dan hakikat ekonomi sesuatu bangsa. Kita bermegah dengan beratus ribu graduan Melayu dan Bumiputera yang telah diwujudkan sejak tahun 1970-an bagi mengisi kedudukan pertengahan dalam masyarakat tetapi ke manakah mereka ini.


Adakah mereka menerima gaji yang setimpal dengan kelulusannya atau mereka sekadar mengisi kerja-kerja kerani atau kerja-kerja tidak penting yang tidak membolehkan mereka merubah nasib keluarga.


Yang nyata mereka berhutang dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Yang bergaji sederhana ataupun besar mungkin ramai yang muflis atau dikekang pembelian harta kerana hutang-hutang kad kredit atau lain-lain masalah.


Siapa yang mengkaji kedudukan bangsa kita ini. Jika kekurangan kesedaran menabung dan berjimat itu menjadi masalah orang pribumi, maka hendaklah diperbetulkan agar mereka menjadi masyarakat yang berharta dan mempunyai masa depan.


Kehadiran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain yang memperjuangkan hak-hak orang Melayu dan pribumi yang lain dalam Perlembagaan adalah dinanti-nanti ketika kaum-kaum lain terus mengambil kesempatan dengan keadaan politik sekarang.


Mesti ada orang yang bertanggungjawab untuk membetulkannya kerana itu hak orang Melayu dan pribumi yang telah dijanjikan. Jika tidak tercapai, ia harus disegerakan agar kehidupan mereka terjamin. Selama ini, dasar-dasar kerajaan secara tidak langsung telah turut membantu etnik-etnik lain kerana sifat orang Melayu dan pribumi itu sendiri yang pemurah berbelanja dan membantu perniagaan bangsa-bangsa lain di Malaysia.




Dipetik dari Utusan Malaysia
http://malaysiaheaven.blogspot.com/.