20090719

BAJU MELAYU BELUM HANGIT DAH SIBUK NAK BALIK!

Ini cerita Mesyuarat UMNO Bahagian Tampin.

190709 (Ahad)

Pagi pagi lagi dah ramai perwakilan yang diamanahkan membawa hasrat akar umbi berhimpun megah di Dataran Dewan Majlis Daerah Tampin. Masing2 gah dengan pakaian kebangsaan yang rata2 baru dipakai.

Perhimpunan kelihatan sangat meriah kerana masing2 saling bersalaman tanda persaudaraan hinggakan kekadang tak sedar dah berpuluh kali bersalaman.

Tetapi disangka panas sampai kepetang rupa2nya hujan ditengah hari (bak kata pepatah),

Dewan yang penuh pada pagi lengang bila menjelang tengah hari!

Apa dah jadi ni?

Atas sebab apa perwakilan datang?

Saat kemuraman UMNO digambar dan diolah oleh ahli dan perwakilan UMNO sendiri.

Harap yang di atas kena bersama yang di bawah buat sesuatu.....

LOTIH MACAM NIH!