20100430

Mesti sebar : Beza RM 4 juta PAS burukkan Pak Lah dan RM 77 juta BN naikkan imej Malaysia

 

Tulisan blogger satulimatiga @ http://satulimatiga.blogspot.com/ 

PAS lawan Kickdefella: Pengaruh Anwar dan "pengakuan" Setiausaha Akhbar Nik Aziz!


1. Pendedahan yang dibuat oleh blogger Syed Azidi Syed Abdul Aziz (Kickdefella) bertajuk Saya Yakin Nik Aziz Akan Kena Dakwa – Jawapan Kepada S/U Akhbar MB Kelantan dan Tulang Besi (sini) mengenai peruntukkan RM 4 juta yang diberikan kepadanya untuk Operasi Gerak Saraf bagi mewujudkan pelbagai persepsi yang boleh melemahkan kepimpinan YB Tun Abdullah dan BN amat mengejutkan dan menimbulkan kemarahan di kalangan penyokong PAS.

2. Penulis berkesempatan menonton Buletin Awani jam 9.00 malam semalam (29 April) dan mendengar jawapan Ahmad Fadhli Shaari, Setiausaha Akhbar MB Kelantan yang juga merupakan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan "menjawab semula" jawapan Kickdefella itu.

3. Pertamanya, mendengar cara Ahmad Fadhli bercakap kepada wartawan, ia saling tidak tumpah dengan cara Anwar Ibrahim berkata-kata. Jelas sekali 
beliau terikut-ikut dengan gaya pertuturan Anwar.

4. Jika dibandingkan dengan Ezam yang pernah jatuh bangun bersama-sama Anwar, Ahmad Fadhli bukan salah seorang dari golongan Angkatan Muda Keadilan yang pernah dipimpin oleh Ezam. Ezam merupakan tonggak kepada penubuhan Parti Keadilan Nasional yang kemudiannya menjadi Parti Keadilan Rakyat tetapi Ahmad Fadhli tidak.

5. Sebaliknya, Ahmad Fadhli menghidupkan karier politiknya di dalam PAS sejak awal lagi. Oleh itu, 
beliau sepatutnya lebih terpengaruh dengan gaya pengucapan pimpinan tertinggi PAS. Jika tidak Nik Aziz, Hadi Awang, ataupun sekurang-kurangnya Mahfuz Omar ataupun Mat Sabu. Ini tidak, gaya Anwar juga yang dicontohinya.

6. Ini membuktikan bahawa 
pengaruh Anwar begitu kuat meresap di kalangan ahli PAS khususnya golongan pemudanya. Gelaran Erdogan yang diberikan kepada ahli PAS yang menyanjungi Anwar sebagai idola tidak lagi boleh dikhususkan kepada Ahli Parlimen mereka. Kini ia telah berakar umbi sehingga ke peringkat ahli dan pimpinan PAS sendiri.

7. Sebab itu penulis tidak hairan segala perkara yang berkaitan dengan Islam semakin diliberalkan oleh PAS sekarang. Lihat saja bagaimana slogan Membangun Bersama Islam dan Negara Islam tidak langsung kedengaran dan dilaungkan oleh PAS, hanya kerana ada perkataan "Islam" di dalamnya.

8. Berbalik kepada jawapan Fadhli, penulis tersenyum sendirian apabila mendengar beliau cuba untuk membandingkan nilai 4 juta yang diperuntukkan kepada Kickdefella dengan 77 juta yang dibelanjakan Kerajaan Persekutuan untuk melantik APCO sebagai perunding. Katanya nilai yang diterima Kickdefella "masih kecil". Ini bermakna,
Fadhli secara sedar dan waras bersetuju dan mengakui bahawa Kickdefella telah menerima peruntukkan sebanyak RM 4 juta untuk memburukkan kepimpinan YB Tun Abdullah.

9. Lihat juga ulasan Utusan Malaysia bertajuk 
Pemuda Pas minta kepimpinan parti siasat dakwaan penulis blog di sini. Penulis memetik di dalamnya bait kata Fadhli yang menyatakan,

"'Jumlah yang didakwa kononnya untuk tujuan gerak saraf itu masih kecil berbanding peruntukan yang digunakan oleh Kerajaan Pusat bagi melanggan khidmat Apco Worldwide".

Nampak jelas pengakuan Fadhli di situ bukan?.

10. Rakyat negeri Kelantan juga harus merasa kecewa kerana memiliki seorang Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar yang gagal untuk menjawab secara kukuh isu-isu yang dibangkitkan berkaitan dengan kerajaan negeri. Lihat saja bagaimana beliau secara tidak rasional cuba untuk mengaitkan Kerajaan Persekutuan di dalam pertelingkahannya dengan Kickdefella. Apa kaitannya Kerajaan Persekutan dengan pendedahan Kickdefella? Mengapa perlu ditimbulkan isu APCO?

11. Isu kerajaan melantik APCO dengan isu Kickdefella langsung tidak berkait. Perbezaannya ialah 
APCO dilantik oleh Kerajaan Pusat untuk meningkatkan imej Malaysia di peringkat antarabangsa. Langkah ini juga dilihat sebagai usaha untuk memulihkan imej Malaysia yang tercalar angkara pengkhianat-pengkhianat yang memburukkan negara sama ada melalui ucapan di perjumpaan rasmi dan tidak rasmi, mesyuarat, forum, persidangan mahupun di laman-laman web milik mereka. Ia dibuat demi untuk kepentingan negara. Kickdefella pula dilantik untuk memburukkan dan melemahkan imej kepimpinan YB Tun Abdullah. Ia dibuat atas kepentingan politik PAS. Bukankah ia jelas berbeza?

12. Kesimpulannya, pimpinan PAS sebenarnya kecut perut apabila pendekatan mereka dan kaedah yang digunakan untuk memburukkan Perdana Menteri, Kerajaan Persekutuan dan Barisan Nasional didedahkan sedikit demi sedikit oleh Kickdefella. Jika Ezam pernah berada di dalam PKR, Kickdefella pula pernah berada di dalam PAS untuk menjatuhkan Barisan Nasional.

13. Hari ini, apabila Kickdefella dilihat seperti beralih arah, walaupun tidak menyertai UMNO, PAS dilihat cuba untuk "mendiamkan" beliau walau dengan apa cara sekalipun. Justeru, amat tidak menghairankan jika selepas ini pelbagai celaan yang akan dilemparkan kepada Kickdefella walaupun apa yang diperkatakannya adalah kebenaran. Namun tindakan itu bukanlah sesuatu yang amat menghairankan, bukankah ia "metodologi perjuangan" PAS sejak dulu lagi?

Nota kaki:
Sepatutnya PAS jawab perkara berbangkit tanpa perlu kaitkan BN. Nampaknya mereka semakin hilang arah dan pedoman. PAS tidak lagi dilihat berprinsip dan kukuh seperti ketika era pimpinan Allahyarham Fahdil Noor (Al-Fatihah). Dulu PAS sanggup untuk mengenepikan apa saja asalkan prinsip perjuangan tidak digadaikan. Hari ini, Anwar, undi dan kuasa mengatasi segalanya! Takbirrrrr! 


20100407

20100401

CINO YANG RASIS


TERPANGGIL sungguh saya bila terbaca tajuk berita Sangkal Melayu bolot segalanya di muka 10 akhbar Mingguan Malaysia pada 28 Mac 2010 untuk meluahkan pandangan orang kebanyakan seperti saya.




Saya bersetuju sangat supaya bancian komprehensif dibuat seperti yang disarankan Tun Dr. Mahathir Mohamad agar rakyat tidak dikelirukan dengan dakyah-dakyah yang mempunyai agenda-agenda tertentu dan tidak mementingkan keharmonian masyarakat Malaysia.


Sebagai rakyat biasa, saya berasa curiga dengan pendapat "Melayu bolot segalanya" kerana pada mata yang memerhati ini, saya dapat lihat bahawa pendapat itu sepatutnya berbunyi "Orang-orang Melayu dan pribumi lain tidak mendapat sebanyak faedah yang sepatutnya mereka dapat selepas 30 tahun Dasar Ekonomi Baru dilancarkan" dan sepatutnya mereka mendapat penjelasan daripada kerajaan yang melancarkannya, mengapa ini terjadi.


Perhatikan saja kawasan-kawasan perumahan, siapakah pemilik-pemilik kondominium dan rumah-rumah yang besar dan berharga mahal itu. Berapa peratuskah kedai-kedai serta premis perniagaan yang menjadi milik Bumiputera sehingga kini. Kalau ada pun orang Melayu yang tinggal di rumah-rumah besar (seperti di Putrajaya), itu adalah bersifat sementara kerana kebanyakannya adalah rumah kerajaan.


Sedihnya hampir keseluruhan rumah-rumah murah serta flat-flat kos murah adalah milik orang Melayu. Kalau saya tunggu di tepi jalan, saya akan lihat hampir kesemua kereta nasional yang berharga murah dan sederhana serta kereta-kereta lama adalah milik orang Melayu dan India, sedangkan kereta-kereta import dan kereta mewah hampir keseluruhannya milik kaum Cina.


Kalau orang Melayu yang memandu kereta mewah, realitinya belum tentu itu kereta miliknya, mungkin sekadar seorang driver saja.


Bukan prasangka rasis tetapi ia menunjukkan kedudukan dan hakikat ekonomi sesuatu bangsa. Kita bermegah dengan beratus ribu graduan Melayu dan Bumiputera yang telah diwujudkan sejak tahun 1970-an bagi mengisi kedudukan pertengahan dalam masyarakat tetapi ke manakah mereka ini.


Adakah mereka menerima gaji yang setimpal dengan kelulusannya atau mereka sekadar mengisi kerja-kerja kerani atau kerja-kerja tidak penting yang tidak membolehkan mereka merubah nasib keluarga.


Yang nyata mereka berhutang dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Yang bergaji sederhana ataupun besar mungkin ramai yang muflis atau dikekang pembelian harta kerana hutang-hutang kad kredit atau lain-lain masalah.


Siapa yang mengkaji kedudukan bangsa kita ini. Jika kekurangan kesedaran menabung dan berjimat itu menjadi masalah orang pribumi, maka hendaklah diperbetulkan agar mereka menjadi masyarakat yang berharta dan mempunyai masa depan.


Kehadiran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain yang memperjuangkan hak-hak orang Melayu dan pribumi yang lain dalam Perlembagaan adalah dinanti-nanti ketika kaum-kaum lain terus mengambil kesempatan dengan keadaan politik sekarang.


Mesti ada orang yang bertanggungjawab untuk membetulkannya kerana itu hak orang Melayu dan pribumi yang telah dijanjikan. Jika tidak tercapai, ia harus disegerakan agar kehidupan mereka terjamin. Selama ini, dasar-dasar kerajaan secara tidak langsung telah turut membantu etnik-etnik lain kerana sifat orang Melayu dan pribumi itu sendiri yang pemurah berbelanja dan membantu perniagaan bangsa-bangsa lain di Malaysia.




Dipetik dari Utusan Malaysia
http://malaysiaheaven.blogspot.com/.