20090324


BERUK DAN BAPAKNYA
di suatu bazar kat Perak.



aku lihat dua ekor beruk bergaduh
berebut sebiji pisang.;
bertumbuk2 sambil menjerit2 memaki


"ini pisang bapak aku! Jadi ini aku punya!"kata seekor lagi,
"ini bapak aku punyalah!"


bapak beruk datang menyergah
"woi itu pisang aku!!"


dua anak beruk itu lintang pukang..
kedua-duanya adalah anak kandung bapak beruk itu
cuma berlainan ibu!...


bapak beruk itu menelan pisang
hingga habis supaya anak2nya tidak berebut lagi


di balik semak dua anak beruk itu menunggu
untuk berebutkan tahi bapaknya selepas ini....
ada ke?.
Perisytiharan 25 Rabiul-Awal 1430

Dengan nama Allah yang pemurah dan penyayang.


BAHAWASANYA Persidangan Kemuncak Pribumi Negara yang berlangsung di Kuala Lumpur pada - 25 Rabuul Awal 1430/22hb Mac 2009 yang dianjurkan oleh pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) dengan disertai 1,500 orang perwakilan dari 65 pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan kebangsaan dengan ini telah bermuafakat untuk menyatakan pendirian bersama:


#MENGULANGI dan memperkukuhkan pendirian bagi mempertahankan Kenyataan Majlis Raja-Raja Melayu ke-215 pada 16 Oktober 2008 berhubung hak keistimewaan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja Melayu, agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain mengikut Perlembagaan Persekutuan.


#MENYERU pemimpin kaum pribumi memperkukuhkan perpaduan dan ukhuwah Melayu dan pribumi sebagai teras perpaduan dan keharmonian bangsa Malaysia serta berperanan mengekalkan kestabilan sebagai tanggungjawab bersama.


#MENGGESA semua pihak termasuk parti siasah dan badan bukan kerajaan agar mengakui dan menerima peruntukkan berkaitan hak keistimewaan Melayu dan pribumi serta kepentingan sah kaum lain dan menentang pindaan yang boleh melemahkan kedaulatan dan kedudukan kaum Melayu dan pribumi dalam perundangan dan pelaksanaan.


#MENGESYURKAN pihak berkuasa mengambil langkah memperkasakan peruntukkan mengenai hal Islam dalam Perlembagaan dan menolak provokasi bagi maksud penyamarataan, pencerobohan tauhid dan gagasan pluralisme agama yang bercanggah Perlembagaan.


#MENCADANGKAN kedudukan Tanah Simpanan Melayu (TSM) dimasukkan di bawah perlindungan Raja-Raja Melayu melalui pindaan kepada perkara 159 fasal 5 dan perkara 10 fasal 4, bagi memastikan tidak berlaku penghakisan dan penghapusan TSM secara berterusan tanpa sebarang gantian yang wajar.


#MENGGESA semua pihak menghormati semangat Perlembagaan yang mendasari dan menjadi paksi kepada kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta tidak melakukan sesuatu tindakan secara langsung atau tidak langsung menjejaskan dan menggugat kedudukan bahasa Melayu sebagai alat perpaduan dan media pengajaran dalam sistem pendidikan kebangsaan.


#MENGGESA kerajaan Pusat dan negeri menggubal langkah strategi dan inovasi serta pengawalan dan pencegahan dalam memastikan pribumi bukan saja mampu menghadapi keadaan krisis ekonomi semasa, bahkan pencapaiannya terus dipertingkatkan bagi mempastikan pribumi mampu bersaing dalam perubahan landskap ekonomi dunia yang semakin liberal dan global.


#MENGGESA pihak bertanggungjawab merangka pelan dan jangka masa tindakan dan pengukuran kejayaan terhadap usaha memperkasakan hak istimewa bangsa Melayu dan pribumi serta Raja Melayu selaku penaung dan penasihat dan melaksanakan semua pelan tindakan ini sehingga berjaya.


#MENYERU digabungkan seluruh kekuatan antara pertubuhan Melayu, pribumi dan Islam dalam suatu saf gerak kerja lebih tersusun dan berkesan untuk memperjuangkan suatu pembentukan pemikiran strategik dalam mengekalkan ketahanan dan kelangsungan kedaulatan Melayu, pribumi dan Islam dalam Perlembagaan dan pelaksanaan.


#MENGGESA kerajaan mengambil tindakan paling tegas terhadap mana-mana pihak yang menggunakan isu sensitif yang sudah disepakati bagi tujuan kepentingan politik dan kumpulan.Bahawasanya perhimpunan ini berikrar akan mempertahankan dan memperjuangkan perisytiharan di atas demi kepentingan dan kesinambungan generasi Melayu dan Pribumi yang akan datang sebagai kaum majoriti asal yang sah menurut sejarah dan perlembagaan. Perpaduan kaumMelayu dan Pribumi adalah teras kepada kestabilan rakyat Malaysia seluruhnya.



Kita mengusahakan, semuga Allah menyempurnakan.
ALLAHUAKHBAR!!!.