20091102

Dr Maza, Badrul dan kerajaan Selangor


Suasana di Selangor kini semakin panas. Memang panas. Sebelum ini pun sudah panas tetapi sekarang ini lagi panas. Panasnya membahang sehingga ke seluruh negara. Macam-macam kontroversi timbul sekarang ini di Selangor. Apakah ini petunjuk bahawa Selangor bakal kembali ke pangkuan BN?


Sudahlah sebelum ini ia panas dengan isu Teoh Beng Hock yang dikaitkan dengan amalan rasuah di kalangan ADUN-ADUN DAP Selangor, kemudian isu arak dan Hassan Ali yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor sehinggakan ada gerakan di peringkat tertinggi parti untuk menjatuhkannya dan juga isu kuil di Shah Alam.

Terbaru ialah ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham yang bertindak keluar dari PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas yang pro-BN serta malam tadi JAIS pula bertindak menahan Dr. Maza, bekas Mufti Perlis. Ini semua ada kaitan dengan kepimpinan Khalid Ibrahim selaku MB Selangor.

Jangan pula puak2 mereka menuduh apa yang berlaku di Selangor satu persatu sehingga semalam adalah permainan politik BN/UMNO pula. Kerajaan Pusat atau UMNO negeri tiada kena mengena dengan konflik politik dan pentadbiran kerajaan Selangor. Tiada sama sekali. Buat apa kerajaan Pusat dan UMNO negeri nak masuk campur urusan kerajaan Selangor? Bukankah mereka selama ini mendakwa pentadbiran kerajaan BN semuanya (sekali lagi... semuanya) tidak betul.

Berita terbaru menyatakan JAIS mengambil tindakan ke atas Dr. Maza bukan kerana dikaitkan dengan fahaman Wahabi tetapi Dr. Maza tidak ada tauliah dari JAIS untuk berceramah di negeri itu. Dush!! Apa ke jadah punya alasan. Kalau macam tu aku nak tanya JAIS apakah Nik Aziz, Hadi Awang, Mat Sabu, Mahfuz atau penceramah bebas lain ada tauliah JAIS ke sehingga mereka bebas berceramah di negeri Selangor sedangkan Dr. Maza yang mempunyai kelayakan akademik Islam dan bekas mufti dianggap tidak layak kerana tiada tauliah?

Aku nak tanya juga apakah JAIS mempunyai senarai lengkap para penceramah agama yang mendapat tauliah dan mereka yang tidak mendapat tauliah?

Patutlah masalah arak, judi dan maksiat di Selangor terus berleluasa malah lebih parah sekarang sebabnya kerana puak2 dalam JAIS berfikiran masih di bawah tahap bawah tempurung. Patut jugalah JAIS mengambil masa bertahun-tahun nak tahan "Rasul Melayu" dan patut jugalah amalan ajaran sesat paling banyak berkembang di Selangor. Sebabnya kerana JAIS yang yang "daif".

Sudahlah Exco-exco Islam Selangor tunduk dengan pemimpin kafir dalam kerajaan sehinggakan terpaksa mengalah dalam bab-bab melibatkan kepentingan Islam macam arak dan kuil, ditambah pula dengan puak2 dalam JAIS yang dangkal fikiran atau mungkin juga sudah menjadi lembu yang dicucuk hidung dan menurut perintah "seseorang" ?

Jadi buat Khalid, anda tanggunglah segala kemelut di negeri Selangor dan anda jugalah menjawab kepada rakyat apa yang telah anda lakukan kepada Dr. Maza. Ingat jangan menuduh ia angkara UMNO atau kerajaan Pusat. Kalau Khalid benar-benar MB kerajaan rakyat, Khalid perlu mengambil tindakan tegas terhadap isu Dr. Maza. Kalau beliau tidak puas hati kepada Badrul Hisham kerana dianggap tidak buat kerja, nah sekarang rakyat Selangor dan seluruh Malaysia mahu melihat sejauh mana Khalid sendiri bekerja!

Tapi aku percaya kes terbaru melibatkan Dr. Maza ini akan menyebabkan penyakit gagap Khalid makin parah. Kesian kau...!!






5 ulasan:

  1. Salam, ada blog pro pembangkang seolah-olah menuduh kerajaan UMNO-BN yang menaja penangkapan Mohd Asri.

    Biasalah tu...masakan mereka tak tahu, Selangor dibawah kerajaan pakatan rakyat yang mana Dr Hasan Ali adalah Exconya, sepatutnya pihak JAIS lebih peka dengan isu ini kerana kerajaan pakatan yang menentukan arahan penangkapan.

    Mengapa mesti timbul perkataan isu politik dalam penangkapan tersebut...

    BalasPadam
  2. aku setuju tu yang gambi,
    isu politik dan agenda dari pihak pr lah tu..!

    BalasPadam
  3. salam bro....
    khalid memang dah gabra dah ni...tunggu masa nak kena tendang je..ha ha ha
    apa pun kita stil mendedahkan apa pekara bangsat yang depa lakukan bro..

    Ya Allah aku berdoa kepadaMu agar melindungi bumi bertuah Malaysia ini dari sebarang Bala mahupun Kecelakaan. Aku mohon kepadaMu ya Allah agar diberikan Hidayah kepada golongan mereka yang taksub keterlaluan ini dalam politik agar mengikuti landasan Islam yang sebenar. http://www.papagomo.com/2009/11/ya-allah-aku-berdoa-kepadamu-agar.html

    BalasPadam
  4. petik dari blog aku bulat-bulat lepas tu bagi kredit ciput tanpa link ke blog aku... Ada pernah mintak izin ke bro? petik boleh tapi buatlah link ke blog aku!

    ~ Mesin Taip Buruk @ MTB

    BalasPadam

Adalah menjadi tanggungjawab anda dalam membuat ulasan dan komen.