20090402

POLITIK KARIPOLE DI BUKIT GANTANG DAN BUKIT SELAMBAU


Saya suka makan kari. Setiap kali balik kampung, emak pasti masak kari ikan kembung. Orang kedah kata, kari ikan temenung!



Nak sedap kari tu, letak daun karipole. Ada yang kata daun karipole bukan untuk menyedapkan makanan tetapi untuk memberikan bau yang wangi kepada kari tu.



Orang tak makan daun karipole. Apabila nak makan ikan, daun karipole dikais ke tepi. Itulah nasib daun karipole.



Dalam politik juga begitu. Saya melihat pengundi di Bukit Gantang dan Bukit Selambau ditatang seperti minyak penuh.



Calon-calon yang nak bertanding masuk rumah sampai ke dapur. Apabila dengar kata orang tua sakit, terus meluru ke sana. Pantang ada rumah bocor, sibuk bawa atap ke situ. Kalau ada pengundi berdehem gatal kerongkong, terus beli ubat batuk!



Sampai bilakah pengundi di Bukit Gantang dan Bukit Selambau akan diberikan layanan istimewa? Sampai 7 April apabila mereka keluar mengundi.



Selepas itu, pengundi di situ akan jadi daun karipole; mereka dikais ke tepi. Calon yang menang akan beri alasan sibuk di Parlimen, tak ada masa nak jumpa rakyat!



Posted by NOBISHA

3 ulasan:

  1. SALAM BRO...
    HE HE HE....BIASOLAH...
    TIME NGUNDI NI LAH JUGAK PENDUDUK SETEMPAT NAK BUEK DUIT GILO-GILO...

    APO SEKALIPUN AKU MENGHARAPKAN PENGUNDI AKAN MEMILIH KERAJAAN YANG AKAN MEMBANTU MEREKA DALAM MERANCAKKAN LAGI EKONOMI NEGARA.

    JANGANLAH DI UNDI PENIPU RAKYAT!!!

    BalasPadam
  2. maso macam ni lah nak minta apo pun... minta karipole pun bole....

    BalasPadam
  3. http://senapang-patah.blogspot.com/2009/04/bn-tumbang-di-bukit-gantang-kerana.html

    BalasPadam

Adalah menjadi tanggungjawab anda dalam membuat ulasan dan komen.