20090213

PIKIR DAN BUATLAH SESUATU.
Eden terjumpa dan terbaca satu komen dari kawan blog yang eden rasa sepatutnya kita sama2 renungkan.
Kami tak tau apa akan jadi kat negara kita ni. Semenjak keputusan PRU 12 kluar, masih tak selesai lagi hal politik. Dari kaca TV sampai la ke surat khabar nyamuk, dari warung kopi pisang sesikat sampai la ke hotel mewah 5 bintang, dari pakcik nelayan sampai la ke Hang kebun. Cerita tadak lain, politik, politik, politik.

Wahai Pejuang Bangsa, Wahai Pejuang Rakyat, Wahai Pembesar Negara.

Tolong la berhenti sejenak dan fikirkan sekejap masalah rakyat terbanyak. Kami sekarang ni berdepan dengan kesusahan akibat kos sara hidup yang meningkat di tambah pula kesan sub prima kejatuhan ekonomi global. Banyak kilang dah tutup, banyak premis dah lingkup, banyak kes pembuangan pekerja secara bersistematik, meningkatnya kadar pengangguran yang drastik lalu meningkatnya kadar jenayah secara automatik.
Kini ramai rakyat bawahan yang kesusahan dan hidup penuh kesulitan. Harga getah jatuh. Harga sawit jatuh. Harga besi buruk pun jatuh.
Nak berniaga, pelanggan ramai tapi ramai nak masuk akaun sebab tak berduit.
Jadi kontraktor kecil, projek kerajaan turun, kroni yang pulun.
Masa depan kami kabur. Masa depan anak-anak kami bercampur baur.Perutkami tak kan kenyang dengan politik.
Anak-anak kami yang kelaparan tidak akan tido lena didendang pidato politik.
Suara kami hanya akan kami terjemahkan di dalam Peti-peti Undi. Suara rakyat, suara keramat.

Oleh itu wahai pejuang bangsa, wahai pejuang rakyat, wahai pembesar negara.

Berhentilah seketika dan ayuh duduk semeja demi kebajikan rakyat terbanyak. Makmurkan ekonomi negara,jangan biarkan rakyat hidup dalam kesusahan kerana,

"Kemiskinan akan membawa kepada keganasan dan kekufuran".

Pombosar2 negaro konolah pikirkan... Semua, tak kira parti dan bangso, kono pikirkan.
Samo2lah kito buek sesuatu.
Apo tunggu laee...!!!

11 ulasan:

  1. Salam Gotah..

    Betoi tu gotah...bahangnyo dah teraso sekarang..dah nak keno berjimat ni ha..duo bukit nak kono buat PRK lagi..mano nak chokah duit..nasib baik duo bukit ajo..kalo satu Perak buat PRK seperti apo yang Nizar hondak, raso-rasonyo mano nak cari duit..kuaso punya pasai papo pun tak ngapo..asalkan bergayo..dapat kuaso..ontahlah..politik..politik..

    Salam perjuangan

    BalasPadam
  2. Salam Gotah..
    Terima kasih sahabat kerana menyiarkan ulasan saya.
    Saya tinggal di kawasan padat melayu di luar bandar. Pergaulan saya yang luas mendedahkan sikap negetif masyarakat sekarang pada sikap pemimpin dan isu politik.

    Memula dulu diorang seronok juga, tapi kalau dah hari-hari dihidangkan benda yang serupa..

    BalasPadam
  3. YA...TERIMA KASIH KEMBALI,KONTRAKTORWIBAWA.
    SAMA2LAH KIRA BERUSAHA, SAMBIL BERDOA MOGA ADA ORANG ATAS YANG SUDI MEMBANTU ORANG DI BAWAH.

    BalasPadam
  4. Kita tak boleh salahkan orang atasan sahaja, kan rakyat yang mahukan pembaharuan, dan inilah pembaharuan yang berlaku dalam politik Malaysia. Itulah demokrasi. Rakyat perlu bijak memilik pemimpin demi kebaikan Masyarakat keseluruhan. Jika fitnah bermaharajalela, dan rakyat menerimanya tanpa usul periksa ini lah jadinya. Kita memerlukan kerajaan yang kuat berkerja, bukan kerajaan yang kuat berpolitik. Berpolitik gunakan otak , jangan gunakan emosi. Rakyat Malaysia inginkan perubaahan dan perubahanlah yang mereka dapat. Jangan salahkan orang lain, lu pikir lah sendiri

    BalasPadam
  5. Salam,
    Saya setuju. Sepatutnya kita lebih tumpukan pada usaha menjana ekonomi ummah. Saya melihat salah satu cara yang baik untuk berhadapan dengan kemelut ekonomi ialah dengan memberi tumpuan pada usaha pertanian.

    p/s: Harap saudara dapat membuat senarai penuh ahli BPN sebagaimana yang kita persetujui bersama. Terima kasih.

    BalasPadam
  6. Salam sejahtero sahabek, oghang melayu begitulah rosam eh, berpolitk e kojonyo. Langit dah nak ghuntuh maish tak soda-soda.

    Timo kasih sobab singgah kek ghumah den.

    BalasPadam
  7. tol2.. shaye pon stuju sangat taw..

    stuju apa..?? ntah.. hehe..

    thankzz link shaye..

    BalasPadam
  8. Sentiasa pandang ke bawah..


























    +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

    Hanya orang yang ‘membaca’ mampu mengubah dunia.
    ( Lord Chesterfield )

    Apabila kita melakukan sesuatu perlu ada sebab bagi melakukannya. Tetapi apabila kita menggunakan cara yang salah, kita tetap ‘melanggar dinding’.
    ( Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah )

    http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
    http://pro-faizal.blogspot.com
    http://Forum1Malaysia.blogspot.com

    +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

    BalasPadam
  9. bila kita jadi rakyat, kita salahkan pemimpin,

    bila kita jadi pembeli, kita salahkan peniaga,

    bila kita jadi pengguna, kita salahkan pengeluar,

    bila kte membangkang, kita salahkan kerajaan,

    bila kita kerajaan, kita salahkan pembangkang,

    bila kita pengeluar kita salahkan jurutera,

    bila kita peniaga,kita salahkan harge dunia,

    bila kta pemimpin kita banyak salahkan golongan rakyat~

    BalasPadam
  10. Pombosar2 negaro konolah

    pikirkan... Semua, tak kira parti

    dan bangso, kono pikirkan.

    Samo2lah kito buek sesuatu.

    Apo tunggu laee...!!!

    ITULAH SOBAB EEE....!!!

    BalasPadam
  11. Auuum !

    Salam kunjung kembali kok

    BalasPadam

Adalah menjadi tanggungjawab anda dalam membuat ulasan dan komen.