20090220

PERPADUAN MELAYU: ADAKAH SATU ILUSI ?





Penjajahan tentera Jepun dan pembentukkan Malayan Union selepas Perang Dunia kedua telah meransang bangsa Melayu untuk melakukan sesuatu yang begitu radikal dan asing untuk mereka. Perkara yang dirasakan paling mustahil dan tidak dirasakan berjaya, telah terpahat di dalam sejarah sebagai pencapaian bangsa Melayu yang sangat phenomenal.
Niat suci bangsa Melayu ketika itu adalah untuk mempertabat dan mempertahankan maruah diri. Niat ini amat mustahil dilaksanakan jika hanya melibatkan sekerat dua pejuang Melayu tetapi perlaksanaannya sebenarnya melibatkan perubahan mentaliti dan kekuatan seluruh bangsa Melayu.
Perubahan bersepadu dan besar-besaran bangsa Melayu ke arah merealisasikan niat mereka ini amat kita kagum dan sanjungi. Malah tindakan bersepadu bangsa Melayu ketika itu telah memeranjatkan wakil-wakil kerajaan British. Desakan dan kekuatan bangsa Melayu terasa begitu bisa dan boleh menimbulkan permasalahan yang amat besar kepada pihak penjajah jika tidak dituruti dengan segera.
Yang amat memberangsangkan sekali ialah ianya berlaku di dalam kehidupan bangsa Melayu yang serba kekurangan, tanpa kuasa, wang, alat komunikasi, kenderaan dan tanpa tenaga manusia yang sedia ada untuk digunakan.
Malah penyatuan Melayu secara total ketika itu berlaku di dalam masa yang begitu singkat, jika dibandingkan dengan usia keseluruhan negara, sebelum dan selepas kemerdekaan. Tempo perjuangan bangsa Melayu ketika itu begitu marak dan bahangnya dapat dirasakan hingga ke pelusuk bandar dan desa.
Justeru itu, orang muda Melayu sekarang, generasi pasca-kemerdekaan, sepatutnya meneladani sikap murni bapa dan datuk kita dulu. Kita mesti sentiasa insaf bahawa segala kesenangan dan hak-hak istimewa kita ini boleh diganggu-gugat bila-bila masa sahaja. Kita mesti bersama-sama menentang anasir-anasir yang tidak bertanggungjawab ini.
Sejarah telah membuktikan bahawa bangsa Melayu mampu bersegera dan melakukan sesuatu yang radikal. Bangsa Melayu akan berjaya menunaikan niat mereka jika mahu, persisten dan ikhlas. Persoalannya sekarang,
1.Apakah kita, bangsa Melayu hari ini mahu bersegera merealisasikan matlamat untuk menjadi satu bangsa yang benar-benar bersatu padu dan kuat dari segala aspek kehidupan manusia?
2.Apakah muzakarah sesama Melayu akan hanya tinggal sebagai kenangan?
Sedarlah bahawa Allah menegaskan dalam firmannya yang bermaksud:Bertakwalah kamu kepada Allah dan perbaikilah keadaan perhubungan di antara kamu, serta taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, jika betul kamu orang-orang yang beriman. (Surah al-Anfal, ayat 1).







Sabda Rasulullah saw,Ciri-ciri Mukmin yang sejati ialah menghormati tetangganya, menyambungkan tali persaudaraan dan memiliki keprihatinan terhadap penderitaan yang dirasakan oleh saudaranya di sekitarnya. (Hadis diriwayat oleh Bukhari).

post : Dr Norvandri Hasan Basri

12 ulasan:

  1. Salam,

    Itulah permuafakatan sesama islam yang semakin rapuh pada zaman sekarang. Politik telah merubah pemikiran manusia, itulah yang menjadi punca sesetengah rakyat kita yang tidak menghargai nilai sillaturahim sesama islam.

    BalasPadam
  2. Susah den mikirkan peel pemimpin politik orang molayu ari ni.masing-masing koreh kepalo, bongkak, sombong ko bodong sombong sumo e ado. sorang ajak berkongsi dok samo-samo megentah. sorang tak sotuju takut duo kali kono tipu.sorang asyek temberang. lagak macam hulubalang.bilo dio bercakap orang lain toorcongang mcam orang bangang.Susah poning kepolo den. tunggu yo lah orang lain morentah gak e barulah nak borsatu. Maso tu slogan bersatu kito togoh, bercorai kito goboh dah tak guno lagi dah.nak buek cam mano ado koris pun tersolit yo.tegoklah kek Perak tu ha apo nak jadi.sapo boto tak sapo salah pun tak tahu.Orang kampung macam den ni yang susah gotah jatuh horgo,pencen tak ado, pisang habis dek koro.nak ko sawah dah jadi belantaro. sok orang mengamok baru boro.

    BalasPadam
  3. Salam Gotah..

    Untuk ulasan yang seterusnya sila singgah ke teratak belantan.

    http://belantan.blogspot.com/
    Artikel Pilihan : Bangsa Melayu yang bertopeng Melayu !

    Salam perjuangan

    BalasPadam
  4. Minggu lepas misalnya, Mukhriz member RM15 ribu kepada 5 orang anggota jenteranya di Johor diketuai oleh KP Simpang Renggam Oya. Perwakilan Melaka pula ditampar RM200 seorang. Di Kelantan, pemberian wang dikendalikan oleh bekas NKP Kuala Pilah Nafiz yang tinggal di Kota Bharu untuk tempoh berkempen ini, dan orang luar ini dibantu perwakilan Rantau Panjang Wan Nasir dan Sazmi Miah KP Machang yang tidak diterima di Bahagiannya sendiri.

    BalasPadam
  5. ADIK JANGAN JADI LALANG YA... INGAT PESANAN ABG

    BalasPadam
  6. SALAM GOTAH.
    AKU YAKIN AKAN WUJUD NANTI PERPADUAN DI KALANGAN KITA ORG MELAYU.

    TETAPI IANYA AKAN BERLAKU APABILA ANWAR BRAHIM TIADA.'
    ANWAR BRAHIM NI LAH YANG MEMECAHBELAHKAN ORG MELAYU.

    ANWAR LAH YANG MENGADAIKAN BANGSA MELAYU DAN TANAH MELAYU.

    ANWATR LAH YANG MENJUAL AGAMA ISLAM!!!

    ANWAR MESTI DIHAPUSKAN DAHULU!!!

    BalasPadam
  7. btul tu gomo..
    huhu

    BalasPadam
  8. Melayu mungkin akan bersatu apabila menghadapi ancaman hebat satu hari nanti.

    BalasPadam
  9. ontahlah, orang tak suko anwar nak hapuskan anwar.
    orang tak suko che det nak hapuskan che det.

    kalau botullah kato gomo, pas anwar tiado baru org melayu bersatu padu baguslah..tapi jgn lupo faktor Generation X udahle.

    ancaman hebat adalah dari dalam diri orang melayu sendiri.

    BalasPadam
  10. Salam Gotah Lantun..

    Kawan berkempen sikit buleh...

    Khairy Jamaluddin telah melaksanakan tugas beliau sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO dengan baik dan telah menjalinkan hubungan yang rapat dengan ahli-ahli Pemuda UMNO Malaysia .

    Tidak ada sebab beliau yang berjaya melaksanakan tanggungjawab walaupun terpaksa menempuh berbagai dugaan dalam kerjaya piolitik beliau tidak mampu untuk memenangi kerusi Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

    Kepada semua calon-calon perwakilan pemuda buat lah pilihan yang bijak dalam menentukan siapakah bakal ketua anda… jangan nilaikan anak siapa.. menantu siapa… anda sendiri menilaikan pucuk kepimpinan… dan saya yakin lagi cukup percaya.. pewakilan adalah daripada golongan yang cerdik pandai dalam menilai siapakah yang bakal akan menjadi ketua mereka.. ketepikan lah buat sementara budaya bodek membodek dalam memilih siapakah yang bakal menerajui pemuda UMNO Malaysia…

    BalasPadam
  11. Salam Gotah...

    " Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya- jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya" (Surah An-Nissa’-Ayat 59)

    Demi Melayu dan demi Islam, tanganilah segera perpecahan yang sedang melanda umat Melayu hari ini. Memang segala yang telah berlaku ke atas orang Melayu ini mempunyai sebab-musababnya. Tetapi, perlu diingat bahawa memang sudah menjadi hukum alam ini bahawa sebab-sebab itu sebenarnya telah diatur oleh Allah Ázza Wa Jalla.

    Begitulah hakikatnya di sisi Islam. Kalau Islam menuntut setiap umatnya supaya hanya Allah sahajalah yang kita sembah, Islam juga menuntut supaya kepada Allah sahajalah kita memohon pertolongan. Oleh itu, usahakanlah perdamaian antara Melayu dan Islam di negara ini. Ikhtiarkanlah. Segala daya usaha itu dijalankan seiringan dengan restu dan hidayat yang dipohonkan dari Allah yang maha besar lagi maha sempurna.

    Waspadalah, dalam sesuatu pertelingkahan, setiap pihak yang terbabit akan mengatakan bahawa dia berada di pihak yang benar, sedangkan kebenaran itu hanya satu. Bukannya dua atau tiga. Dan kebenaran itu pula datangnya dari Allah SWT jua. Beginilah seharusnya perlawanan Melayu sesama Melayu hari ini berakhir. Kembalilah ke pangkal jalan. Berdamailah pemimpin Melayu dan selesaikanlah masalah perpaduan Melayu dan ketuanan Melayu ini dengan penuh bijaksana.

    Berwaspadalah, kalau menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan bersepah. Berhati-hatilah, kalau membunuh ular, kayu pemukul janganlah sampai patah, ular dipukul biarlah mati, tanah terpukul usahlah pula sampai lekuk.

    Melayu harus berpadu. Melayu mesti bersatu.Melayu harus bersatu dan berpadu dalam politik dan seluruh aspek kehidupan yang sewajarnya.
    Wallahuallam.

    Salam perjuangan

    BalasPadam

Adalah menjadi tanggungjawab anda dalam membuat ulasan dan komen.