20090328


SYUKUR ALHAMDULLILLAH.
Tun Mahathir Mohammad telah turun padang.
Tun tiba di Persidangan Agung UMNO pada hari ini, ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang berucap pada sesi pergulungan.
Kami harap Tun membawa sesuatu berita yang mengembirakan ahli2 UMNO dan rakyat Malaysia.
Semoga Allah panjangkan usia Tun Mahathir Mohammad.
Takbir!!!.

20090327


KENAPA DITONG SAMPAHKAN UMNO?
Mudahnya hidup sebagai pembangkang.Bebas berbuat apa sahaja, bebas mengunakan lidah secara celupar. Kerana adanya UMNO dan BN untuk dilonggokan segala kesalahan.
Apa yang mengecewakan, ahli UMNO dijadikan 'kotak sampah' untuk dilemparkan segala fitnah yang berpunca daripada perbuatan tidak betul dan salah laku orang lain.
Memang diakui setiap insan, waima ahli UMNO bukannya ibarat 'sejerni air di kolam surga'. Tiada lansung melakukan kesalahan dan kesilapan kerana kita ini lemah dalam segala hal. Namun kenapa kesemuanya ditunjukan pada ahli2 UMNO?.
Adakah ini gerakan tersusun pihak pembangkang?.
IYO...LAH TUH...!!!

20090326

MACAM MACAM CERITA KAT LUAR SANA....



Rata-rata berpendapat, Khairy yang menang 'dengan gaya' bakal berhadapan dengan Nasruddin Hassan yang berasal dari Pahang dan berkelulusan daripada Universiti Al-Azhar, Mesir selaku peneraju baru Pergerakan Pemuda PAS selepas Salahudin Ayob melepaskan jawatannya nanti. Dan rata-rata juga berpendapat, 'Budak Hitam' menantu Dolah Badawi itu, bukan tandingan Nasruddin Hassan yang lebih petah, cekap dan berwibawa dalam perdebatan mahupun gerak kerja berdasarkan situasi yang berlaku kini.



Tu satu cerita....




Di Pulau Pinang, mantan Timbalan Ketua Menteri 1, Fairuz Khairuddin telah ditahan dan disoalsiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung dakwaan rasuah membabitkan sebuah kuari di Seberang Perai.




Tu satu cerita....




Di Perak, duit, beras dan gula kini sedang bersepah-sepah diedarkan di kawasan Bukit Gantang. Cuma kali ini, rasuah tersebut tidak dibuat oleh UMNO yang masih berkonflik di PWTC tetapi 'orang-orang' dari PAS untuk para penduduk yang bakal menentukan siapa sebenarnya penguasa di sana.



Tu satu cerita....




Betulkah di zaman gawat ini ada kerajaan negeri Pakatan Rakyat naikkan elaun exco untuk melawat luar negara dan elaun duit poket untuk belanja semasa di luar negara.Kalau Umno/BN, lama dah PAS/PKR hantam habis-habisan.


Lagi, Apa cerita?.

20090325




TANAH WAKAF YANG SEPI DI BUKIT GANTANG.

20090324


BERUK DAN BAPAKNYA
di suatu bazar kat Perak.



aku lihat dua ekor beruk bergaduh
berebut sebiji pisang.;
bertumbuk2 sambil menjerit2 memaki


"ini pisang bapak aku! Jadi ini aku punya!"kata seekor lagi,
"ini bapak aku punyalah!"


bapak beruk datang menyergah
"woi itu pisang aku!!"


dua anak beruk itu lintang pukang..
kedua-duanya adalah anak kandung bapak beruk itu
cuma berlainan ibu!...


bapak beruk itu menelan pisang
hingga habis supaya anak2nya tidak berebut lagi


di balik semak dua anak beruk itu menunggu
untuk berebutkan tahi bapaknya selepas ini....
ada ke?.
Perisytiharan 25 Rabiul-Awal 1430

Dengan nama Allah yang pemurah dan penyayang.


BAHAWASANYA Persidangan Kemuncak Pribumi Negara yang berlangsung di Kuala Lumpur pada - 25 Rabuul Awal 1430/22hb Mac 2009 yang dianjurkan oleh pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) dengan disertai 1,500 orang perwakilan dari 65 pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan kebangsaan dengan ini telah bermuafakat untuk menyatakan pendirian bersama:


#MENGULANGI dan memperkukuhkan pendirian bagi mempertahankan Kenyataan Majlis Raja-Raja Melayu ke-215 pada 16 Oktober 2008 berhubung hak keistimewaan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja Melayu, agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain mengikut Perlembagaan Persekutuan.


#MENYERU pemimpin kaum pribumi memperkukuhkan perpaduan dan ukhuwah Melayu dan pribumi sebagai teras perpaduan dan keharmonian bangsa Malaysia serta berperanan mengekalkan kestabilan sebagai tanggungjawab bersama.


#MENGGESA semua pihak termasuk parti siasah dan badan bukan kerajaan agar mengakui dan menerima peruntukkan berkaitan hak keistimewaan Melayu dan pribumi serta kepentingan sah kaum lain dan menentang pindaan yang boleh melemahkan kedaulatan dan kedudukan kaum Melayu dan pribumi dalam perundangan dan pelaksanaan.


#MENGESYURKAN pihak berkuasa mengambil langkah memperkasakan peruntukkan mengenai hal Islam dalam Perlembagaan dan menolak provokasi bagi maksud penyamarataan, pencerobohan tauhid dan gagasan pluralisme agama yang bercanggah Perlembagaan.


#MENCADANGKAN kedudukan Tanah Simpanan Melayu (TSM) dimasukkan di bawah perlindungan Raja-Raja Melayu melalui pindaan kepada perkara 159 fasal 5 dan perkara 10 fasal 4, bagi memastikan tidak berlaku penghakisan dan penghapusan TSM secara berterusan tanpa sebarang gantian yang wajar.


#MENGGESA semua pihak menghormati semangat Perlembagaan yang mendasari dan menjadi paksi kepada kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta tidak melakukan sesuatu tindakan secara langsung atau tidak langsung menjejaskan dan menggugat kedudukan bahasa Melayu sebagai alat perpaduan dan media pengajaran dalam sistem pendidikan kebangsaan.


#MENGGESA kerajaan Pusat dan negeri menggubal langkah strategi dan inovasi serta pengawalan dan pencegahan dalam memastikan pribumi bukan saja mampu menghadapi keadaan krisis ekonomi semasa, bahkan pencapaiannya terus dipertingkatkan bagi mempastikan pribumi mampu bersaing dalam perubahan landskap ekonomi dunia yang semakin liberal dan global.


#MENGGESA pihak bertanggungjawab merangka pelan dan jangka masa tindakan dan pengukuran kejayaan terhadap usaha memperkasakan hak istimewa bangsa Melayu dan pribumi serta Raja Melayu selaku penaung dan penasihat dan melaksanakan semua pelan tindakan ini sehingga berjaya.


#MENYERU digabungkan seluruh kekuatan antara pertubuhan Melayu, pribumi dan Islam dalam suatu saf gerak kerja lebih tersusun dan berkesan untuk memperjuangkan suatu pembentukan pemikiran strategik dalam mengekalkan ketahanan dan kelangsungan kedaulatan Melayu, pribumi dan Islam dalam Perlembagaan dan pelaksanaan.


#MENGGESA kerajaan mengambil tindakan paling tegas terhadap mana-mana pihak yang menggunakan isu sensitif yang sudah disepakati bagi tujuan kepentingan politik dan kumpulan.Bahawasanya perhimpunan ini berikrar akan mempertahankan dan memperjuangkan perisytiharan di atas demi kepentingan dan kesinambungan generasi Melayu dan Pribumi yang akan datang sebagai kaum majoriti asal yang sah menurut sejarah dan perlembagaan. Perpaduan kaumMelayu dan Pribumi adalah teras kepada kestabilan rakyat Malaysia seluruhnya.



Kita mengusahakan, semuga Allah menyempurnakan.
ALLAHUAKHBAR!!!.

20090321


# Apa yang berlaku di pekarangan salah sebuah masjid di Perak tengah hari semalam, betul-betul memalukan dan memualkan!
# Dan kepada orang atau pihak yang melakukannya, anda sebenarnya tidak layak terlibat dalam persada politik Tanah Melayu ini. Bahkan anda juga sebenarnya tidak layak langsung tinggal di bumi Tanah Melayu apabila anda menghina seorang mufti dan raja dengan cara yang paling menjijikkan.
# Walaupun katanya terdapat saksi-saksi yang melihat kejadian serta suspek berserta kenderaan yang digunakan (Proton Waja berwarna putih), tangkapan masih belum dibuat sehingga kini.
# Berita dan penyiaran gambar-gambar poster tersebut dilakukan oleh beberapa blog pro pembangkang. Anehnya, blog-blog berkenaan serta blogger yang menyokong PR 'sepakat dan sebulat suara' mengatakan perbuatan tersebut dilakukan oleh petugas UMNO (BN) dalam usaha meraih sokongan pengundi Parlimen Bukit Gantang biarpun tiada tangkapan dan siasatan masih dan sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.
# Situasi ini mengingatkan kita kepada peristiwa ADUN Bukit Lanjan merangkap Exco Selangor, Elizabeth Wong dilenjan alat sulitnya tempoh hari apabila tuduhan dibuat serta-merta ke atas BN, khususnya UMNO. Namun siasatan yang dibuat menjurus kepada orang dalam parti PKR sendiri dan para pemimpin PKR 'bertungkus-lumus' cuba mengaitkan ahli parti mereka itu dengan UMNO dan BN juga.
# Mengapa terlalu cepat tuduhan dibuat?
Bak kata orang putih, 'something fishy going on....'
Dengan izin.

20090320



PEMIMPIN YANG MENJADI PILIHAN GOTAHLANTUN,

EKAU MACAMANO ?

p/s. pinjam dari GAP tq.

20090316

Pak Khalid Gagap .........haruuu!!.


Nak dijadikan cerita,
suatu hari pak Khalid Gagap melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye. Entah macamana, di tengah perjalanannye tadi dia terjumpe seketul taik yang masih panas. Tapi dia masih konpius sama ada betul ke bende yang dia jumpe tu seketul taik. Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak Khalid Gagap ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan.


Pak Khalid Gagap tengok ngan lebih dekat taik tersebut, lalu dia berkata,
"Bentuk macam taik."


Lepas tu dia pegang pulak taik tu, lalu dia berkata,
"Lembik...macam taik."


Dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu,
lepas tu dia berkata,
"Bau macam taik."


Oleh kerana pak Khalid Gagap ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keputusan untuk mejilat sedikit taik tersebut.
Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit...



"MEMANG SAH TAIK!
NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!"

20090315


KATAK @ FROG



Khalid Gagap : "Apa yang engkau bawa tu?"


Nuar Belakang : "Katak...


Cuba teka.. berapa jumlahnya?


Kalau tekaanmu tepat..
kesemua dua ekor katak yang aku bawa ini akan aku kasi pada mu!"


Khalid Gagap : "Emmmm.. tiga kot..?"

20090313

Jokes for the day to make you laugh...
Lawak bangang yang melantun...


Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
Kuih salah bikin.


Binatang ape power Karate?
Kuda belang.cube kira brape black belt dia ade.


Siape yang menemukan dompet kulit?
Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saye.


Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
Pintu yang ade tulis 'TARIK'


Saya ade 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?
Pembohong...


Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati...'?
Usus


Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
Kutu rambut


Nenek sape jalannya meloncat-loncat?
Neneknye si katak


Knape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?
Sbb lelaki ni kan 'buaya'


Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
Sekretari baik..................'Selamat pagi tuan'
Sekretari kurang baik...........'Dah pagi ni tuan'



Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
Dua-dua tak kenal korang...hehe


Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?
Tukang gali kubur



Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
Tahi hidung


Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?
Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat...



Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa ...gile ape...



Gajah terbang dengan ape?
Dengan susah payah......

20090312







Don't Worry, Campak pun tak mati...



Masa aku balik dari Singapore menaiki keretapi adalah tiga orang yang duduk bersama, dua didepan aku satu kat sebelah. Yang kat depan aku ni, orang American dan disebelahnya orang Cuba. Sebelah aku pulak orang Bangladesh.



Dalam perjalanan tu kami pun berborak-boraklah pasal negara sendiri...borak punya borak, tiba-tiba si American ni pun keluarkan duit dollar dia lalu dibakarnya, dikeluarkannya sebatang rokok lalu dibakarnya rokok itu dengan duit tadi, lepas tu dibuangnya duit itu keluar.



Terkejutlah semua melihat kelakuan Mat salleh tu tadi... bertanyalah si orang Cuba tadi "Why you do that for?". Dengan selamba mat salleh tu menjawab "Don't worry, I got a lot american dollar in my country".



Tercengganglah masing-masing. Belum habis tercenggang..si Cuba ni pun tiba-tiba mengeluarkan sebatang curut (curut Cuba adalah antara yang termahal didunia) lalu dinyalakannya. Belum sempat beberapa sedut..terus dia membuangnya keluar tingkap..."Why you do that for" kata american tadi... "Don't worry, i got a lot cigar in my country".



Terkejutlah aku dibuatnya. Masa tu aku tengok Bangladesh tu tengah pikir apa nak dibuat pulak. Masa dia tengah fikir.


Aku pun apa lagi... tangkap Bangla tu terus aku campak ke luar tingkap....belum sempat dia orang tanya lagi aku pun cakap lah...,



"DON'T WORRY, I GOT A LOT BANGLADESHIS IN MY COUNTRY"

20090310


INSAN YANG PERLU DIANGKAT UNTUK MENGIMBANG ORANG MUDA.



Ungkapan Pengganti Diri


Hamba nan sentiasa di luar Negara
Jalankan tugasan bangsa dan nusa
Inilah nukilan prihatin rasa
Kerana sering tak dapat bersama


Walaupun tak dapat bersama
Jua tiada berjabat tangan
Namun jauh ingat sentiasa
Kita adun satu perjuangan


Wang ringgit boleh dicari
Marwah bangsa penebus nusa
UMNO jangan dijual beli
Biar Melayu terus perkasa


Melayu sedang di persimpangan
Sejak dulu kita teruja
Muda dan lama sinsinglah lengan
Bantu Bangsa jadi mulia


Semoga Allah pelihara kita
Bangsa, Agama dan Negara.


Salam Perjuangan dari saya

Dato’ Seri Utama DR Rais Yatim.


p/s : promo dari dan untuk orang kampung.

20090309


BERLAGAK SOMBONG pintar
Saya tidak mahu jadi penasihat....
Kalau kalah, lebih baik tiada jawatan.
Mana kesetiaan yang dilaungkan?
Jangan buat ayat yang bukan bukan....
Petanda perhimpunan hujung bulan ini dah sampai ke penghujung.
Ambiek kau..!!

20090308

BUANG PELURU DAN MENGABIHKAN BOREH.


apa nak sibuk-sibuk sangat pasal pelajaran matematik dan sains dalam bahasa inggeris ?.


kalau bahasa al quran, takder sape nak bermati-matian nak memperjuangan…!

bahasa melayu tu bukan bahasa a'jam ke?
Sama sahaja bahasa melayu atau inggeris…
dua-dua pun bukan bahasa al quran..


moral:

tak ada salahnya guna bahasa apa pun asalkan untuk kebaikkan semua…
Cuma pentingkan juga bahasa arab untuk memahami al quran…


sebagai salah seorang penjaga ketuanan melayu…kami sokong juga bahasa melayu di utamakan di Malaysia ini namun kami juga fikir tidak ada salahnya menguasai bahasa inggeris agar orang melayu lebih cerdik pandai..


yang patut dituntut adalah 'demo' menambah ilmu bukan demo membuang ilmu…
bahasa inggeris itu juga adalah ilmu, bukan?


Yang patut dituntut atau di demo adalah kembalikan pelajaran sejarah tanah melayu dan sejarah islam di semua sekolah termasuklah di sekolah bukan kebangsaan….
buta sejarah tumpul akal…


Al Quran juga mengajar kita dengan perumpamaan-perumpamaannya melalui sejarah-sejarah lampau…


kau, eden dan semua...
fikir2kan.
ATASI SEGERA ISU PPSMI


BATALKAN.


TINGKATKAN PELAJARAN BAHASA INGGERIS.
TINGKATKAN PELAJARAN BAHASA MELAYU.


ADA LAGI SYOK SEK.......... SYOK SEK,
PANCUNG.......


ABIH CERITO....!!!.

20090304

Resolusi Edisi 5 2009 BPN :
Isu Kalimah Allah dan Sidang Haram DUN Perak.




Resolusi 5/2009 : Mengutuk tindakan membuat Sidang DUN Perak tanpa Perkenan Sultan
#BPN mengutuk tindakan Pakatan Rakyat yang berdegil ingin mencabar kedaulatan kuasa Sultan Perak yang tidak memperkenankan sidang DUN walau sudah diberi amaran oleh banyak pihak.
#BPN mengutuk tindakan menjadikan agenda politik lebih utama dari kestabilan dan keamanan rakyat Perak.
#BPN juga meminta rakyat tidak menyokong tindakan yang jelas menderhaka kepada Sultan ini yang boleh mencetuskan huru hara di sana.
#BPN meminta tindakan lebih tegas dari pihak berkuasa untuk menghentikan permainan gila politik pembangkang ini yang sudah keterlaluan tanpa mengira untuk menunaikan janji janji mereka semasa PRU yang lalu.
#BPN turut meminta agar DUN Perak tidak dibubarkan demi menjimatkan wang rakyat dan mengelakkan keadaan dan suasana semakin tidak terkawal jika pilihanraya diadakan sekali lagi di negeri Perak.
#BPN memohon campur tangan Raja Raja Melayu dalam isu ini agar menyedarkan rakyat tentang kuasa yang dimilik oleh Majlis Raja Raja sebagai Parlimen Ketiga yang Tertinggi dan mengatasi mana mana kuasa yang ada di negara kita...
DAULAT TUANKU !!!!
Yang benar :
Blogger Pembela Negara
Disediakan oleh :
Panglima Perang Cyber
Ydp Blogger Pembela Negara

PILIHLAH NAKHODA YANG TERBAIK.




Senario politik masa kini turut menjangkiti gejala sikap 'orang yang ada kepentingan diri nak bunuh karier politik orang yang berkredibal dan berwibawa’.



Beginilah hakikatnya dari pandangan mata kasar khalayak yang rasa terkilan dengan sikap rakus segelintir ahli-ahli UMNO yang sanggup berhempas pulas sehingga hilang maruah diri semata-mata untuk mempertahankan kedudukan yang dianggapnya `hak untuk sepanjang hayat’.



Kalau ini terus dibiarkan, sudahnya, orang yang jujur dan ikhlas dalam perjuangannya tidak boleh berbuat apa-apa kerana disebabkan orang yang ada kepentingan diri cuba untuk menyekat perjuangan mereka, kerana dianggapnya boleh mengancam kedudukan dan menjejaskan hasil pendapatannya yang selama ini boleh dipulun semahunya dengan mudah.



Apakah makna perjuangan itu sebenarnya?
Untuk bangsakah, untuk agamakah, untuk negarakah atau untuk diri sendiri?



Kalau politik dijadikan sebagai medan yang rakus untuk melombong emas tanpa mempedulikan kepentingan rakyat keseluruhan, makanya, ditakuti barisan kepimpinan yang dipilih berlandaskan emosi mengatasi kebijaksanaan akal, adalah dikalangan yang `gila kuasa’. Akan terbarislah nanti kepimpinan yang sebenarnya adalah mengkhianat bangsa, agama dan negara sendiri.



Di akui, perjuangan yang jujur dan ikhlas itu, sering dihalangi dengan tangan-tangan khianat dan mulut-mulut cepular yang cuba untuk memendekkan langkah orang-orang yang ikhlas untuk berjuang. Janji hatinya puas, asalkan kedudukannya tidak terjejas dan kehendak hati untuk mendapatkan sesuatu tidak tersekat.



Pemimpin seperti inikah sebenarnya yang perlu kita pertahankan untuk kesinambungan perjuangan kepada anak bangsa?. Sanggupkah kita mencalarkan amanah yang ditinggalkan oleh pejuang-pejuang terdahulu semata-mata kerana sudah dibutakan hati dengan lambakan wang ringgit dan kuasa?



Oleh itu, masih belum terlambat untuk ahli-ahli UMNO kembali sedar dalam kelekaan dan terpengaruh dengan simbolik perjuangan mereka yang ada kepentingan diri sendiri.Jangan nanti kita hanya nampak kuman di seberang laut, sedangkan gajah di depan mata kita tak nampak.



Ditakuti nanti kuman yang dipanggil itu tanpa kita sedar, akan sedikit demi sedikit memamah diri sendiri.Jika di antara kita sudah dapat melihat ada di kalangan pemimpin yang elok budi pekertinya, mulia akhlaknya dan bijak akalnya, pertahankanlah dengan semangat yang kental tanpa mudah dipengaruhi oleh mereka-mereka yang suka menghasut, memecahbelahkan dan memburuk-burukkan sesama manusia.



Jangan nanti kita jadi `yang dikejar tak dapat dan yang dikendong pula berciciran’.
Yang berciciran belum pasti kita dapat menghimpunkannya semula menjadi seperti asal.

20090302

PERAK oh PERAK


DUN Perak dah semacam pokok durian yang mati beragan,

tunggu masa....TUMBANG



baik Tuanku Sultan Perak bubar DUN saja....



Tak payah nak saman saman.

Tah bila nak selesai.

Rakyat pun dah resah gelisah....

Tak tau pada sapa nak mengadu.

Ada dua kepala,

Tak tau mana nak ikut.



Jika bubar, pilihanraya,

paling lama pun dua bulan.




Tuanku Sultan

Kelonsong Yang Amat Arif.

20090301


BUDAYO KOMUNIS..
LOTEH LAH NAK CORITO LOBIH-LOBIH.
JIKO SENGKELET SORANG SEKALI, AGAK EEE MACAMANO SINGH NIH?
AMACAM..!?