BUANG PELURU DAN MENGABIHKAN BOREH.
apa nak sibuk-sibuk sangat pasal pelajaran matematik dan sains dalam bahasa inggeris ?.
kalau bahasa al quran, takder sape nak bermati-matian nak memperjuangan…!
bahasa melayu tu bukan bahasa a'jam ke?
Sama sahaja bahasa melayu atau inggeris…
dua-dua pun bukan bahasa al quran..
moral:
tak ada salahnya guna bahasa apa pun asalkan untuk kebaikkan semua…
Cuma pentingkan juga bahasa arab untuk memahami al quran…
sebagai salah seorang penjaga ketuanan melayu…kami sokong juga bahasa melayu di utamakan di Malaysia ini namun kami juga fikir tidak ada salahnya menguasai bahasa inggeris agar orang melayu lebih cerdik pandai..
yang patut dituntut adalah 'demo' menambah ilmu bukan demo membuang ilmu…
bahasa inggeris itu juga adalah ilmu, bukan?
Yang patut dituntut atau di demo adalah kembalikan pelajaran sejarah tanah melayu dan sejarah islam di semua sekolah termasuklah di sekolah bukan kebangsaan….
buta sejarah tumpul akal…
Al Quran juga mengajar kita dengan perumpamaan-perumpamaannya melalui sejarah-sejarah lampau…
kau, eden dan semua...
fikir2kan.
20090308
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
SALAM GOTAH..
BalasPadamBETUL LAH..
YANG PUAK NI DOK PERANG NAK HAPUSKAN BI DALAM SAINS DAN MATH NI PASAL APA???
BAHASA ARAB TAKNAK DIPERJUANGKAN PULAK...
EMM ANWAR PUNYA TAKTIK LAH NI....
HARAMJADAH PUNYA NUAR AL-JUBURI CIUM BUNTUTI.
den suko hujah ko tu..bukan bahaso Al-Quran pun. good thinking bro.
BalasPadamSalam Gotah..
BalasPadamMemang inilah kerja parti pembangkang...tak habis habis mahu bangsa sendiri menjadi bangsa yang dungu...bodoh la yang senang.Sampai hal hal pendidikan untuk anak anak pun di tentang dan diserang habis2an.
Apakah mereka tidak mahu melihat anak anak bangsa berjaya dalam menghadapi zaman yang semakin mencabar ini.Kenapa sekarang harus kita mempersoalkan PPSMI yang sudah menampakan sedikit kejayaan pada anak anak kita.
Bagi pakatan rakyat apakah tiada satu jalan penyelesaian dapat dicari dari melibatkan anak anak dari mengadakan demontrasi yang tidak secara langsung akan mengheret mereka kekancah pemberontakan.
Sepatut nya perlu kita tangani akan masaalah disiplin para pelajar yang mana gejala membuli dan memukul semakin menjadi jadi masa diperingkat sekolah.Mungkin inilah hasilnya dari tindakan pakatan rakyat yang sering mengadakan demontrasi bagi mencari jalan penyelesaian dari duduk semeja.
Kenapa hanya pelajar anak anak bangsa kita yang selalu menyertai demonstrasi jalanan ini.Bagi saya ini lah kepentingan politik bagi pakatan untuk menjatuhkan kerajaan.Janganlah kerana ingin menunjukan tindakan yang diambil itu betul kita tunjukan pada anak anak tentang kelemahan diri dan lemah semangat dari kita.
Seharusnya kita sebagai pemimpin pada anak anak ini perlu kita memberikan semangat bagi mereka untuk menempuh hari hari yang semakin mencabar dan bergelora bagi hadapi tempoh menuju negara 2020 nanti.
Apakah akan hilang indentiti bangsa melayu hanya dengan mempelajari matematik dan sains dalam bahasa inggeris. Tidak mungkin kita akan menjadi satu bangsa yang lemah hanya dengan perlaksanaan PPSMI. Bukankah masih ada pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris diajar dan harus diberi penekanan supaya pelajaran matematik dan sains dapat difahami? Zaman telah berubah, Dunia sudah maju akan tetapi Melayu yang menentang masih tidak mahu memanjukan diri dari pelbagai sudut seolah macam filem Melayu yang masih ditakok lama dan apabila dikritik melalak sana sini. Begitu juga kepada PR Perak yang gagal matematik dari segi bilangan Adun yang menyokong sehingga tertubuhnya Kerajaan BN diPerak. Akhirnya tanam pokok "Jembalang" dimana mesyuarat bawah pokok diadakan oleh yang bergelar Speaker dan diikuti oleh balaci PR Perak. Pokok IPOH telah melahirkan nama Ipoh, jadi tidak perlu tanam pokok lain sebagai simbol untuk tujuan pelancongan. Bodoh namanya.
Kepada Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan pengerusinya Datuk Dr Hassan Ahmad jangan kerana ingin berpolitik ingin kita lihat anak anak bangsa yang akan menerajui negara ini nanti adalah terdiri dari anak anak yang lemah jati diri dan tidak tahu untuk menghargai ilmu.
Memansuhkan PPSMI bermakna kita mahu bangsa melayu terus ketinggalan dari mendapat tempat dalam persaingan dunia yang semakin mencabar.PPSMI tidak akan menghapuskan bangsa melayu itu dan sama sekali juga tidak menghapuskan bangsa bangsa lain dimalaysia ini.
Kenapa puak puak PAS yang mahu PPSMI ini dihapuskan.Tidak mahu anak melayu menguasai ilmu kerana PAS takut akan hilang pengaruh, biar pemimpin mereka sahaja yang berilmu.
Tidak pula kelihatan orang orang DAP dan PKR menentang kerana mereka tahu bahasa inggeris adalah penting pada mereka.
Apakah untuk menjadi seorang doktor kita tidak perlu bahasa inggeris,begitu juga untuk menjadi seorang peguam,jurutera dan berbagai lagi keperluan kerja yang memerlukan kan kita mahir dalam pengguasaan bahasa.
Dalam zaman dunia yang penuh cabaran ini janganlah kita yang ibarat rumah kata pergi kubur kata mari ini kita sekat akan kebolehan dan keupayaan anak anak melayu dari terus menimba ilmu yang akan membawa mereka kearus kemajuan yang akan bakal akan mereka tempuhi.
PPSMI perlu diteruskan bagi memberikan anak anak kita peluang untuk mereka memperolehi masa depan yang baik untuk terus mereka bersaing didalam dunia yang tiada sempadan ini.Yang penting bukan cara demontrasi untuk kita cari jalan penyelesaian kerana ianya hanya mendedahkan anak anak kita pada satu perkara yang akan melemahkan diri dan bangsa itu sendiri.
Yang penting adalah perlu kita teliti bersama bagi meningkatkan lagi tahap kemampuan anak anak kita supaya ianya akan memberi manfaat pada seluruh warga malaysia itu sendiri dan jenerasi jenerasi yang mendatang yang merupakan pewaris pada negara yang berdaulat dan merdeka.
Akhir sekali mari lah kita renungkan dengan hati dan fikiran yang tenang apakah PPSMI ini untuk diri kita atau untuk jenerasi yang akan mewarisi ketamadunan yang kita sama sama bangunkan.
Wallahuallam..
Salam perjuangan
dan juga bahasa jawi...
BalasPadamtuk menguasai Sains dan Matematik tak semestinya dlm BI kerana omputih ja yg mendabik dada kata pencapaian sains & teknologi dari mereka.
yg penting nak kuasai BI ialah dgn kembali kpd asas pengajaran BI~ I see, I read, I speak (look and read)kerana aku juga pendidik dulu, dan sepatutnya ia bermula di tadika lagi.
pastu buat daily vocabulary class by using dictionary, at least 3 days of speak English day, use a fine system for those use malay/other language on that day. back & promo English literature as a medium to increase our fluency.
salam maulidur rasul,
BalasPadamSalam gotah...
BalasPadamSetuju sgt2. Wat ape nak bantah benda2 baik kan, kan, kan...? Benda2 tak pedah2 mcm akademi fantasia yg mengkhayalkan tu tak pulak ade sape2 nak bermati2an mbantahnya.
BlueHope konpius le ngan idea2 pihak tertentu nih. Takde taktik lain ker nak lawan2 nih.
Anyway, visit me sometimes at my blog.
Salam getah.
BalasPadamAnak nelayan telah berjaya mendapat kesemua 1A dalam peperiksaan SPM 2008. Tentulah antaranya Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Ini menunjukkan bahawa sekiranya berusaha kita mampu melakukannya. Buktinya anak nelayan yang tinggal di kampung telah berjaya mendapat 1A dalam subjek PPSMI. Oleh itu jangan nak merendah-rendahkan orang kampung mengatakan mereka tidak mampun bersaing sekiranya subjek Matematik dan Sains dijalankan dalam Bahasa Inggeris.