20100515

Bersopan santun amalan kehidupan.

Perkataan sopan bermaksud beradab. Manakala santun bererti tahu tertib peraturan, halus budi pekerti, tahu adat, berbudi bahasa, baik akhlaknya, baik perangai dan kelakuan, tidak cabul, teratur dan rapi, mengikut peraturan.

Budaya sopan santun di kalangan masyarakat kita merupakan budaya yang diwarisi daripada ajaran dan asuhan nenek moyang. Ianya kekal hingga ke hari ini menjadi amalan cara hidup yang melambangkan identiti hidup bermasyarakat.

Di zaman kecanggihan teknologi ini, ramai yang sudah lupa akan budaya masyarakatnya terutama generasi muda kita. Budaya sopan santun dalam pergaulan, cara berpakaian, adab bertutur dengan orang tua tidak begitu diambil perhatian. Jika hal ini tidak diambil serius kemungkinan akan melahirkan generasi yang tidak tahu bersopan santun dan akan menimbulkan pelbagai masalah tatasusila, pergaulan dan sebagainya.

Masyarakat Melayu islam khasnya terkenal dengan budaya bersopan santun. Maka inilah yang mesti dikekalkan menjadi gaya hidup seharian. Justeru itu, semua pihak mestilah memainkan peranan dalam menyebarkan dan mengekalkan budaya berkenaan, terutamanya di kalangan generasi muda, kerana mereka inilah bakal pewaris generasi lama.

Pendidikan awal di rumah menjadi asas dalam menyalurkan didikan dan asuhan kepada anak-anak supaya mengenal erti sopan santun, contohnya ibu bapa mengajar anak-anak supaya memberi salam dan mencium tangan orang tua sebelum pergi ke mana-mana, membongkokkan badan sedikit ketika melintas di khalayak ramai, memakai pakaian dengan kemas dan sesuai tidak kira di dalam atau luar rumah, di sekolah atau ketika dalam majlis.

Pendidikan di rumah memainkan peranan penting dalan membentuk peribadi anak-anak supaya patuh bersopan santun.
Masyarakat umum juga hendaklah turut terlibat dalam memastikan budaya tersebut dapat diamalkan dalam setiap urusan baik di rumah, pejabat, jalan raya, di pusat membeli-belah dan sebagainya.

Jika budaya bersopan santun dapat dikekalkan dalam kehidupan seharian, insya-Allah kita akan dapat hidup
dalam suasana yang aman dan bersatu padu.

Budaya bersopan santun merupakan lambang keperibadian orang melayu islam sejak dahulu hingga sekarang, maka sewajarnyalah ianya tetap dikekal dan diperkukuhkan lagi bagi menangkis budaya-budaya negatif yang sedang meracuni pemikiran dan tingkah laku terutama di kalangan generasi muda dan tua.



20100505

Pautan dari kawan,
http://gemasindah.blogspot.com/


DILEMA BLOGGERS PENYOKONG UMNO………………???



Saorang pembaca marah kepada Dr Mahathir kerana membongkarkan kes blok L & M melalui blog Che Det.


Katanya pembongkaran itu memberi peluang yang luas untuk pembangkang menghentam kerajaan BN & UMNO hingga boleh menyebabkan kekalahan BN & UMNO pada PRU 13 yang akan datang.


Kita bloggers kerdil UMNO di Tampin / Monceh / Gemas pun barangkali tidak disukai oleh kumpulan penyokong UMNO & BN yang berfikiran saperti pembaca yang dirujuk diatas.


Adakah perkara membongkarkan kes blok L & M yang mendatangkan kerugian hampir RM 100 billion ini merupakan satu kes mengkhianati UMNO & BN ???


Perlukah kepincangan pemimpin yang jelas merupakan tindakan pengkhianatan itu disenyapkan demi mempastikan UMNO terus menang pada PRU 13 nanti ?


Atau UMNO wajib melakukan pembersihan dari anasir anasir kotor didalam dirinya seperti virus atau sel barah yang akan membunuh UMNO akhirnya .


Jelas perkara ini bukanlah satu dilemma pada Tun Dr Mahathir yang kita kenali ketegasannya dalam memperjuangkan kebenaran. Dr M rasanya tidak akan berkrompromi dengan salahlaku besar saperti ini yang merugikan bangsa & negara.


Begitu jugalah halnya berkaitan kita sebagai bloggers kecil tempatan di Tampin / Monceh / Gemas ini. Sabenarnya kita ada dua pilihan…pertama menjadi bloggers pembodek atau bloggers upahan untuk menaikkan nama dan prestasi pemimpin kita khasnya wakil wakil rakyat kita dan mengenepikan rintihan rakyat.


Kedua kita boleh memilih untuk menjadi bloggers kemarahan wakil rakyat dan penyokong totoknya dengan mengenengahkan masalah dan keluh kisah rakyat sambil menyampaikan kritikan yang barangkali pedas tetapi jelas bertujuan murni iaitu untuk mengingatkan pemimpin kita menjalankan tugas serta amanah rakyat. Impaknya ialah UMNO akan terus dikasihi rakyat dan akan terus dihormati dan tidak lagi diperlekehkan.


Apa pandangan saudara dalam perkara ini ???


Gemasindah…


Setuju dengan pendirian & tindakan Dr M…dan akan terus menyampaikan apa yg difikir wajar disampaikan wp akan jadi tidak populer.

20100430

Mesti sebar : Beza RM 4 juta PAS burukkan Pak Lah dan RM 77 juta BN naikkan imej Malaysia

 

Tulisan blogger satulimatiga @ http://satulimatiga.blogspot.com/ 

PAS lawan Kickdefella: Pengaruh Anwar dan "pengakuan" Setiausaha Akhbar Nik Aziz!


1. Pendedahan yang dibuat oleh blogger Syed Azidi Syed Abdul Aziz (Kickdefella) bertajuk Saya Yakin Nik Aziz Akan Kena Dakwa – Jawapan Kepada S/U Akhbar MB Kelantan dan Tulang Besi (sini) mengenai peruntukkan RM 4 juta yang diberikan kepadanya untuk Operasi Gerak Saraf bagi mewujudkan pelbagai persepsi yang boleh melemahkan kepimpinan YB Tun Abdullah dan BN amat mengejutkan dan menimbulkan kemarahan di kalangan penyokong PAS.

2. Penulis berkesempatan menonton Buletin Awani jam 9.00 malam semalam (29 April) dan mendengar jawapan Ahmad Fadhli Shaari, Setiausaha Akhbar MB Kelantan yang juga merupakan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan "menjawab semula" jawapan Kickdefella itu.

3. Pertamanya, mendengar cara Ahmad Fadhli bercakap kepada wartawan, ia saling tidak tumpah dengan cara Anwar Ibrahim berkata-kata. Jelas sekali 
beliau terikut-ikut dengan gaya pertuturan Anwar.

4. Jika dibandingkan dengan Ezam yang pernah jatuh bangun bersama-sama Anwar, Ahmad Fadhli bukan salah seorang dari golongan Angkatan Muda Keadilan yang pernah dipimpin oleh Ezam. Ezam merupakan tonggak kepada penubuhan Parti Keadilan Nasional yang kemudiannya menjadi Parti Keadilan Rakyat tetapi Ahmad Fadhli tidak.

5. Sebaliknya, Ahmad Fadhli menghidupkan karier politiknya di dalam PAS sejak awal lagi. Oleh itu, 
beliau sepatutnya lebih terpengaruh dengan gaya pengucapan pimpinan tertinggi PAS. Jika tidak Nik Aziz, Hadi Awang, ataupun sekurang-kurangnya Mahfuz Omar ataupun Mat Sabu. Ini tidak, gaya Anwar juga yang dicontohinya.

6. Ini membuktikan bahawa 
pengaruh Anwar begitu kuat meresap di kalangan ahli PAS khususnya golongan pemudanya. Gelaran Erdogan yang diberikan kepada ahli PAS yang menyanjungi Anwar sebagai idola tidak lagi boleh dikhususkan kepada Ahli Parlimen mereka. Kini ia telah berakar umbi sehingga ke peringkat ahli dan pimpinan PAS sendiri.

7. Sebab itu penulis tidak hairan segala perkara yang berkaitan dengan Islam semakin diliberalkan oleh PAS sekarang. Lihat saja bagaimana slogan Membangun Bersama Islam dan Negara Islam tidak langsung kedengaran dan dilaungkan oleh PAS, hanya kerana ada perkataan "Islam" di dalamnya.

8. Berbalik kepada jawapan Fadhli, penulis tersenyum sendirian apabila mendengar beliau cuba untuk membandingkan nilai 4 juta yang diperuntukkan kepada Kickdefella dengan 77 juta yang dibelanjakan Kerajaan Persekutuan untuk melantik APCO sebagai perunding. Katanya nilai yang diterima Kickdefella "masih kecil". Ini bermakna,
Fadhli secara sedar dan waras bersetuju dan mengakui bahawa Kickdefella telah menerima peruntukkan sebanyak RM 4 juta untuk memburukkan kepimpinan YB Tun Abdullah.

9. Lihat juga ulasan Utusan Malaysia bertajuk 
Pemuda Pas minta kepimpinan parti siasat dakwaan penulis blog di sini. Penulis memetik di dalamnya bait kata Fadhli yang menyatakan,

"'Jumlah yang didakwa kononnya untuk tujuan gerak saraf itu masih kecil berbanding peruntukan yang digunakan oleh Kerajaan Pusat bagi melanggan khidmat Apco Worldwide".

Nampak jelas pengakuan Fadhli di situ bukan?.

10. Rakyat negeri Kelantan juga harus merasa kecewa kerana memiliki seorang Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar yang gagal untuk menjawab secara kukuh isu-isu yang dibangkitkan berkaitan dengan kerajaan negeri. Lihat saja bagaimana beliau secara tidak rasional cuba untuk mengaitkan Kerajaan Persekutuan di dalam pertelingkahannya dengan Kickdefella. Apa kaitannya Kerajaan Persekutan dengan pendedahan Kickdefella? Mengapa perlu ditimbulkan isu APCO?

11. Isu kerajaan melantik APCO dengan isu Kickdefella langsung tidak berkait. Perbezaannya ialah 
APCO dilantik oleh Kerajaan Pusat untuk meningkatkan imej Malaysia di peringkat antarabangsa. Langkah ini juga dilihat sebagai usaha untuk memulihkan imej Malaysia yang tercalar angkara pengkhianat-pengkhianat yang memburukkan negara sama ada melalui ucapan di perjumpaan rasmi dan tidak rasmi, mesyuarat, forum, persidangan mahupun di laman-laman web milik mereka. Ia dibuat demi untuk kepentingan negara. Kickdefella pula dilantik untuk memburukkan dan melemahkan imej kepimpinan YB Tun Abdullah. Ia dibuat atas kepentingan politik PAS. Bukankah ia jelas berbeza?

12. Kesimpulannya, pimpinan PAS sebenarnya kecut perut apabila pendekatan mereka dan kaedah yang digunakan untuk memburukkan Perdana Menteri, Kerajaan Persekutuan dan Barisan Nasional didedahkan sedikit demi sedikit oleh Kickdefella. Jika Ezam pernah berada di dalam PKR, Kickdefella pula pernah berada di dalam PAS untuk menjatuhkan Barisan Nasional.

13. Hari ini, apabila Kickdefella dilihat seperti beralih arah, walaupun tidak menyertai UMNO, PAS dilihat cuba untuk "mendiamkan" beliau walau dengan apa cara sekalipun. Justeru, amat tidak menghairankan jika selepas ini pelbagai celaan yang akan dilemparkan kepada Kickdefella walaupun apa yang diperkatakannya adalah kebenaran. Namun tindakan itu bukanlah sesuatu yang amat menghairankan, bukankah ia "metodologi perjuangan" PAS sejak dulu lagi?

Nota kaki:
Sepatutnya PAS jawab perkara berbangkit tanpa perlu kaitkan BN. Nampaknya mereka semakin hilang arah dan pedoman. PAS tidak lagi dilihat berprinsip dan kukuh seperti ketika era pimpinan Allahyarham Fahdil Noor (Al-Fatihah). Dulu PAS sanggup untuk mengenepikan apa saja asalkan prinsip perjuangan tidak digadaikan. Hari ini, Anwar, undi dan kuasa mengatasi segalanya! Takbirrrrr! 


20100407

20100401

CINO YANG RASIS


TERPANGGIL sungguh saya bila terbaca tajuk berita Sangkal Melayu bolot segalanya di muka 10 akhbar Mingguan Malaysia pada 28 Mac 2010 untuk meluahkan pandangan orang kebanyakan seperti saya.




Saya bersetuju sangat supaya bancian komprehensif dibuat seperti yang disarankan Tun Dr. Mahathir Mohamad agar rakyat tidak dikelirukan dengan dakyah-dakyah yang mempunyai agenda-agenda tertentu dan tidak mementingkan keharmonian masyarakat Malaysia.


Sebagai rakyat biasa, saya berasa curiga dengan pendapat "Melayu bolot segalanya" kerana pada mata yang memerhati ini, saya dapat lihat bahawa pendapat itu sepatutnya berbunyi "Orang-orang Melayu dan pribumi lain tidak mendapat sebanyak faedah yang sepatutnya mereka dapat selepas 30 tahun Dasar Ekonomi Baru dilancarkan" dan sepatutnya mereka mendapat penjelasan daripada kerajaan yang melancarkannya, mengapa ini terjadi.


Perhatikan saja kawasan-kawasan perumahan, siapakah pemilik-pemilik kondominium dan rumah-rumah yang besar dan berharga mahal itu. Berapa peratuskah kedai-kedai serta premis perniagaan yang menjadi milik Bumiputera sehingga kini. Kalau ada pun orang Melayu yang tinggal di rumah-rumah besar (seperti di Putrajaya), itu adalah bersifat sementara kerana kebanyakannya adalah rumah kerajaan.


Sedihnya hampir keseluruhan rumah-rumah murah serta flat-flat kos murah adalah milik orang Melayu. Kalau saya tunggu di tepi jalan, saya akan lihat hampir kesemua kereta nasional yang berharga murah dan sederhana serta kereta-kereta lama adalah milik orang Melayu dan India, sedangkan kereta-kereta import dan kereta mewah hampir keseluruhannya milik kaum Cina.


Kalau orang Melayu yang memandu kereta mewah, realitinya belum tentu itu kereta miliknya, mungkin sekadar seorang driver saja.


Bukan prasangka rasis tetapi ia menunjukkan kedudukan dan hakikat ekonomi sesuatu bangsa. Kita bermegah dengan beratus ribu graduan Melayu dan Bumiputera yang telah diwujudkan sejak tahun 1970-an bagi mengisi kedudukan pertengahan dalam masyarakat tetapi ke manakah mereka ini.


Adakah mereka menerima gaji yang setimpal dengan kelulusannya atau mereka sekadar mengisi kerja-kerja kerani atau kerja-kerja tidak penting yang tidak membolehkan mereka merubah nasib keluarga.


Yang nyata mereka berhutang dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Yang bergaji sederhana ataupun besar mungkin ramai yang muflis atau dikekang pembelian harta kerana hutang-hutang kad kredit atau lain-lain masalah.


Siapa yang mengkaji kedudukan bangsa kita ini. Jika kekurangan kesedaran menabung dan berjimat itu menjadi masalah orang pribumi, maka hendaklah diperbetulkan agar mereka menjadi masyarakat yang berharta dan mempunyai masa depan.


Kehadiran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain yang memperjuangkan hak-hak orang Melayu dan pribumi yang lain dalam Perlembagaan adalah dinanti-nanti ketika kaum-kaum lain terus mengambil kesempatan dengan keadaan politik sekarang.


Mesti ada orang yang bertanggungjawab untuk membetulkannya kerana itu hak orang Melayu dan pribumi yang telah dijanjikan. Jika tidak tercapai, ia harus disegerakan agar kehidupan mereka terjamin. Selama ini, dasar-dasar kerajaan secara tidak langsung telah turut membantu etnik-etnik lain kerana sifat orang Melayu dan pribumi itu sendiri yang pemurah berbelanja dan membantu perniagaan bangsa-bangsa lain di Malaysia.




Dipetik dari Utusan Malaysia
http://malaysiaheaven.blogspot.com/.

20100321

Membebel pasal Facebook

Kebetulan gotahlantun sempat menghadiri satu program
Juara Rakyat
Kejohanan Pencak Silat Piala Ahli Parlimen Tampin

Tok Man yang merasmikan penutup kejohanan
Bukan main hebat lagi kejohanan selama tiga hari tu
Tahniah kepada penganjur kejohanan

Tok Man gah dengan ucapannya
' Jika kita nak rapat dengan golongan muda masakini. kita mesti mengikut edaran zamannya.
kita para pemimpin mesti mengikut cara kini seperti ada facebook untuk seiring dengan citarasa
golongan muda'

Memang hebat dengan kata2 tu
TETAPI
Hakikatnya mana
MUKABUKU TOK MAN?

Cakap tak serupa bikin!
ATAU
Abuk pun tarak!

20100314

TERLEPAS PANDANG & DENGAR

Tertarik dengan post dari blog ni http://tpnns.blogspot.com/ yang nyata ada kebenarannya.
Dah semakin ramai tok ketua sibuk dan menyibuk dengan pelbagai laman blog, facebook dan twitter,
Bahkan PM pun dah buat kenduri makan makan dengan teman facebooknya.
TETAPI?
Mana kepunyaan Tok Man (AP Tampin)?
Mana Tok Nab (DUN Gemas)?
Tok ketua yang lain dah sibuk kedepan
Takanlah keduanya tak bergerak lansung!
Tok Man sepatutnya dah jauh kedepan
lebih2 lagi mantan Menteri KTAK
Bak kata PM   'Sesungguhnya banyak kelebihan mengunakan alam siber, lebih2 lagi bila kita ada kawan facebook'

Harap manusia yang sentiasa ada disekeliling kedua tok ketua ni
perbuatlah sesuatu
cuit2lah sikit demi kebaikan tok ketua
dan rakyat marhaen.








20100209

PERAK LANTUN

5 - 0
haha...

20100114



Jika mula mula nak perkataan ALLAH untuk rujukan buku dan majalah

tetapi sekarang?
EEEEHHHH!
Dah buat signboard pulak!


MELAMPAU!


Macamana jika anak anak yang merah/hijau dalam pengetahuan agama Islam
terbaca?
Tak ke haru....ingat tempat ibadat yang sama dengan orang Islam.


20091211


TABEK HORMAT BUAT WARGA YANG CINTAKAN NEGARA MALAYSIA.

20091205



TINGGAL TIANG...!?

20091121

20091115

Berubah atau tidak jom kita tengok..



Pemimpin dulu sangat jauh bezanya daripada pemimpin yang ada sekarang. Ramai pemimpin terdahulu bersifat bawahan yang amat terserlah. Mereka ini amat rajin turun kebawah bersama rakyat tanpa mengira status majlis yang diadakan.
Tanpa mengikut protokol, minum kopi, makan nasi lemak sambil bersembang dan bertanyakan permasalahan rakyat. Ada pemimpin yang sanggup bermalam dalam suasana kampung bagi merasai nikmat kesulitan orang kampung.
Bila ada majlis kenduri, pemimpin tanpa rasa kekok untuk kebelakang rumah untuk bertanya khabar dan memasak bersama.
Pernah ada pemimpin yang turun bersama ke sawah untuk menanam padi, dan kekadang mandi lumpur ketika menangkap ikan.
Sebenarnya di sinilah permasalahan peringkat bawah dapat diketahui dan diambil tindakan.
Apakah ada YB sekarang yang bersifat terdahulu?. Terasa semacam tak ada klon yang sebegitu lagi sekarang. Yang ada adalah YB yang bermegah dengan harta dan kemewahan. Jangankan bergaul dengan yang dibawah, nak pandang pun antara nak dengan tidak. Minum diwarung adalah tiada makna bagi mereka. Mereka lebih selesa di tempat yang ada klass dan disamping kelompok sendiri.
Dari kepimpinan atas hingga pemeriksa kira-kira , selalu tidak hadir dalam majlis yang diadakan dibawah yang menggambarkan bahawa mereka sebenarnya tidak peka dengan kehendak di peringkat bawahan dan sering berlagak dalam kelompok sendiri .
Malahan bukan sekadar menggunakan alasan kesibukan bagi mengelakan turun bersama rakyat tetapi ada juga yang suka menipu dengan memberikan berbagai alasan termasuk mengakui sering berada di peringkat bawah sedangkan bila di selidiki , kebenarannya adalah palsu .
Patut lah orang makin lama makin kurang selesa dengan parti keris , silap haribulan pindah ke parti bulan atau parti mata , tak ke haru.
Dan akhirnya barulah sedar rakyat tak suka lagi sedangkan pada masa itu , nasi sudah jadi bubur .
Kata nak berubah, maka inilah masanya.



20091105

Nik Aziz minta bala, Najib minta jauhi malapetaka.



Nik Aziz khabarnya memohon doa kepada Allah agar diturunkan bala kepada kerajaan jika tuntutan royalti minyak Kelantan tidak dipenuhi. Huh... Dahsyat tok guru seorang ini. Konon nabi pun pernah berdoa agar diturunkan bala. Betul tu... Tapi nabi berdoa bukan kerana mereka tuntut royalti minyak atau kekayaan dunia, tetapi kerana kedegilan orang Arab.


Aku makin tak faham dengan tok guru seorang ini, pasal duit jadi melalut. Sedang beberapa negara jiran seperti Indonesia, Filipina dan Vietnam dilanda bencana gempa dan taufan, sepatutnya tok guru sebagai (konon) orang "paling dekat" dengan Allah berdoa minta dijauhkan bala dan malapetaka, tetapi sebaliknya dia berdoa supaya diturunkan bala pula.
Masya-Allah.


Sebaliknya Najib yang didoakan supaya ditimpa bala, memohon para jemaah haji yang akan menunaikan haji di Mekah ramai-ramai berdoa di depan kaabah supaya Malaysia diselamatkan dari segala bala bencana dan mala petaka. Alhamdulillah... Sebagai seorang pemimpin sepatutnya inilah yang perlu didoakan dan bukannya menurunkan bala kepada orang lain.


Entahlah... memang aku semakin tidak faham dengan tok guru seorang ini. Semakin nyanyukkah dia atau semakin sesat? Sejak berkawan dengan si kafir dan si peliwat dalam pakatan lalut ini tok guru semakin meracau. Entah, sesekali aku terfikir apakah tok guru pun sudah sesat seperti "rasul" Melayu.


Kalau si Kahar "rasul" Melayu pun sedar dia salah dan merayu pengikutnya bertaubat tetapi tok guru seorang ini tetap berdegil dan menganggap dialah tok guru yang maksum. Dia dan puak2 Pas sahaja yang bakal menghuni syurga sedangkan orang islam tidak layak masuk syurga kerana mereka tidak sokong Pas.










20091102

Dr Maza, Badrul dan kerajaan Selangor


Suasana di Selangor kini semakin panas. Memang panas. Sebelum ini pun sudah panas tetapi sekarang ini lagi panas. Panasnya membahang sehingga ke seluruh negara. Macam-macam kontroversi timbul sekarang ini di Selangor. Apakah ini petunjuk bahawa Selangor bakal kembali ke pangkuan BN?


Sudahlah sebelum ini ia panas dengan isu Teoh Beng Hock yang dikaitkan dengan amalan rasuah di kalangan ADUN-ADUN DAP Selangor, kemudian isu arak dan Hassan Ali yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor sehinggakan ada gerakan di peringkat tertinggi parti untuk menjatuhkannya dan juga isu kuil di Shah Alam.

Terbaru ialah ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham yang bertindak keluar dari PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas yang pro-BN serta malam tadi JAIS pula bertindak menahan Dr. Maza, bekas Mufti Perlis. Ini semua ada kaitan dengan kepimpinan Khalid Ibrahim selaku MB Selangor.

Jangan pula puak2 mereka menuduh apa yang berlaku di Selangor satu persatu sehingga semalam adalah permainan politik BN/UMNO pula. Kerajaan Pusat atau UMNO negeri tiada kena mengena dengan konflik politik dan pentadbiran kerajaan Selangor. Tiada sama sekali. Buat apa kerajaan Pusat dan UMNO negeri nak masuk campur urusan kerajaan Selangor? Bukankah mereka selama ini mendakwa pentadbiran kerajaan BN semuanya (sekali lagi... semuanya) tidak betul.

Berita terbaru menyatakan JAIS mengambil tindakan ke atas Dr. Maza bukan kerana dikaitkan dengan fahaman Wahabi tetapi Dr. Maza tidak ada tauliah dari JAIS untuk berceramah di negeri itu. Dush!! Apa ke jadah punya alasan. Kalau macam tu aku nak tanya JAIS apakah Nik Aziz, Hadi Awang, Mat Sabu, Mahfuz atau penceramah bebas lain ada tauliah JAIS ke sehingga mereka bebas berceramah di negeri Selangor sedangkan Dr. Maza yang mempunyai kelayakan akademik Islam dan bekas mufti dianggap tidak layak kerana tiada tauliah?

Aku nak tanya juga apakah JAIS mempunyai senarai lengkap para penceramah agama yang mendapat tauliah dan mereka yang tidak mendapat tauliah?

Patutlah masalah arak, judi dan maksiat di Selangor terus berleluasa malah lebih parah sekarang sebabnya kerana puak2 dalam JAIS berfikiran masih di bawah tahap bawah tempurung. Patut jugalah JAIS mengambil masa bertahun-tahun nak tahan "Rasul Melayu" dan patut jugalah amalan ajaran sesat paling banyak berkembang di Selangor. Sebabnya kerana JAIS yang yang "daif".

Sudahlah Exco-exco Islam Selangor tunduk dengan pemimpin kafir dalam kerajaan sehinggakan terpaksa mengalah dalam bab-bab melibatkan kepentingan Islam macam arak dan kuil, ditambah pula dengan puak2 dalam JAIS yang dangkal fikiran atau mungkin juga sudah menjadi lembu yang dicucuk hidung dan menurut perintah "seseorang" ?

Jadi buat Khalid, anda tanggunglah segala kemelut di negeri Selangor dan anda jugalah menjawab kepada rakyat apa yang telah anda lakukan kepada Dr. Maza. Ingat jangan menuduh ia angkara UMNO atau kerajaan Pusat. Kalau Khalid benar-benar MB kerajaan rakyat, Khalid perlu mengambil tindakan tegas terhadap isu Dr. Maza. Kalau beliau tidak puas hati kepada Badrul Hisham kerana dianggap tidak buat kerja, nah sekarang rakyat Selangor dan seluruh Malaysia mahu melihat sejauh mana Khalid sendiri bekerja!

Tapi aku percaya kes terbaru melibatkan Dr. Maza ini akan menyebabkan penyakit gagap Khalid makin parah. Kesian kau...!!






hilang punca

Mantan mufti Perlis kena tahan
jais selangor
puncanya adalah...
jom kita tuding sana dan tuding sinun

yang bersalah akan terbongkar jua
ha ha..

20091029

Sendiri bikin panas

Patutlah tok ketua yang dikategorikan nyanyuk ini mengelupur kepanasan, sebab tak sebulu dengan kulit hijau yang lain.. Ha ha..
Rupa rupanya ide tak sama, yalah dah nyanyuk, maka siapa nak pakai lagi!
Ini semua pasal ide kerajaan perpaduan yang dipersetujui pada awalnya oleh kebanyakan pemimpin pas dan umno.
Tok ketua nyanyuk ni mesti ada dendam yang menebal sebab itulah bermatian tak bersetuju dengan penyatuan ini. Ini semua untuk Agama dan Bangsa!
Bukan untuk mengisi poket jubah labuh tu....
Untuk lanjut jom....
http://www.papagomo.com/2009/10/live-blogger-pakatan-kepanasan-dengan.html

20091027

Apa nak jadi dengan ahli politik tua ni...
Dari otak masih waras, sampailah dah dikira nyanyuk,
Hati dan jiwa tidak akan tenteram jika dendam lama tak tertunai
Dendam tetap dendam biar sampai mampus!

Itulah yang berlaku pada tok ketua PAS sekarang ni..
Apa nak lagi?
Sudah sudahlah tu, carilah ganjaran akhirat di hujung nyawa ni..
Untuk dunia,semua dah ada
kira dah lengkap.
Pencen MBnya, MPnya, dan ADUNnya.

Politik sekarang memerlukan orang yang lebih muda,
kira larat untuk ke hulu dan ke hilir
Orang tua yang diketegorikan nyanyuk
ketepi je lah!

Jika macam tu...eloklah..
Tanda tanda PAS nak berkubur!

20091002


Bila misai kontot dan tangan pacak berkata kata.


"if you tell them a lie over and over again, they will belive it"
Adolf Hitler


adakah
kita tahu ?
kita ditipu ?
kita diperbodohkan ?
kita menerima apa yang diperkatakan ?
penipu akan tetap menipu...
pembohong akan tetap membohong...
bukannya menyokong falsafah si misai kontot...
cuma atas kesedaran yang kita tak sedar kewujudannya...


kroni zionis
zionis takkan pupus sampai hari kiamat...
dibahu kita tergalas perjuangan menentang zionis...
jadi, sedarlah akar tu lebih pahit dari pucuk...


jangan percaya dengan kata2...
politik.....HAMPEH !

20090917

KALAU DILAPEK SEBESAR KUKU,




KALAU DIBENTANG SEBESAR ALAM,



KALAU HILANG DICARI,



KALAU HANYUT DIPINTAS,



KALAU TENGGELAM DISELAM,



DATANG BIAR NAMPAK MUKA,



KALAU PERGI BIARLAH NAMPAK BELAKANG,



JAUH DIPANGGIL,



DEKAT DIGAMIT,



SEUNTAI SALAM SEJAMBAK KATA,



DEGUP BICARA MENGHIRIS RASA.



MAAF DI PINTA ......
سلامت هاري راي عيدالفطري

ڬوتهلنتون سكلوارڬ ايڠين مڠمبيل كسمڤتن اين اونتوق مموهون امڤون اتس اڤ جوا كسالهن دان كسيلاڤن لمڤاو كتيك كيت برادا دايلعام ماي.
سموڬ اندا سموا ديامڤونكن الله جوا. أمين