20090531

JANGAN DI USIK KENANGAN SILAM, KERANA MEROBEK HATI DAN PERASAAN.





"Mereka yang menyokong untuk mengembalikan Chin Peng ke tanah air ini adalah golongan buta sejarah ataupun 'buta hati perut'."






Membenarkan dia pulang dan tinggal dengan aman dalam negara ini adalah suatu penghinaan kepada ribuan rakyat pelbagai kaum yang telah menjadi mangsa komunis.






Janganlah kita sia-siakan nyawa dan perjuangan ramai anggota keselamatan yang terkorban dek kerakusan dan keganasan Chin Peng. Langkah membenarkan dia kembali ke Malaysia samalah seperti kita kencing di atas kuburan para pejuang dan anggota keselamatan yang terkorban untuk keamanan negara.






"Chin Peng tidak layak menjejak kaki ke bumi Malaysia ini walaupun saat, apatah lagi diberi tempat walaupun seinci."




Zulkifli Noordin, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bahru.


(Utusan Malaysia 30 Mei 2009)

20090527

'MOGOK LAPAR' Ditolak oleh Islam


Ditanya Dr. Mohd Asri mengenai mogok lapar yang sertai oleh seseorang muslim, apa hukumnya?

Jawapan: Dalam Islam matlamat tidak menghalalkan cara (the ends do not justify the means). Apa sekalipun hasrat baik tidak boleh dihalalkan dengan cara yang tidak diterima oleh syariat. Mogok lapar adalah satu penyeksaan diri sendiri yang mempunyai ‘nilai ketidakcerdikan’ yang amat sangat.

Memang, pada zaman Nabi ia pernah dibuat oleh ibubapa kuffar Quraish bagi membantah anak-anak mereka menganut Islam. Namun itu adalah kebodohan kaum Quraish. Para Nabi a.s. dan pengikut mereka telah menentang berbagai sistem dan kezaliman, tiada seorang pun di kalangan mereka yang melancarkan mogok lapar. Allah tidak pernah mensyariatkan hal itu sama sekali.


Mungkin Gandhi pernah menjadi contoh dalam hal itu. Tetapi tidak para pejuang Islam. Jika ada pun seseorang berpuasa dengan cara yang diajar oleh Allah dan RasulNya. Bukan untuk membantah sesiapa, tetapi mendekatkan diri kepada Allah. Itupun dilarang ‘wisal’ dalam puasa, maksudnya berterusan tanpa buka setelah masuk waktu berbuka.


Malanglah, jika umat Islam terpengaruh dengan pendekatan yang bukan Islamic, bukan memperkenalkan kematangan pemikiran Islam. Jika seseorang mati dalam mogok lapar, ia termasuk dalam hukum membunuh diri. Ini seperti dalam hadis al-Bukhari, dalam sebuah peperangan, ada seorang pejuang telah berjuang dengan hebat sehingga dia dipuji oleh para sahabat. Nabi memberitahu mereka dia ahli nereka. Mereka hairan. Namun apabila diperiksa didapati dia membunuh diri kerana tidak sabar atas kecederaan yang dialaminya.


Dengan itu, bagi saya jika ‘pejuang mogok lapar’ mati dia termasuk dalam hadis ini. Orang politik mungkin menghalalkan apa sahaja untuk politik mereka, tetapi para pejuang prinsip hendaklah berpegang kepada prinsip tanpa mengira siapa pun”


dr mohd asri zainul abidin, lampeter, UK.

20090521

ORANG POLITIK MEMANG 'PEMURAH PAHALA'




Ramai orang politik memang pemurah. Semua orang cakap begitu. Sifat pemurah orang politik mempunyai banyak makna. Mungkin kerana ingin menolong orang lain disebabkan mereka merasakan mereka itu pemimpin. Mungkin juga kerana ingin menjaga undi dan sokongan. Sehinggakan Ketua Dewan Ulama PAS pun mengeluh tentang ‘unsur rasuah politik’ dalam partinya. Samada dinamakan rasuah atau apa sahaja; orang politik itukan pemurah?!






Sekalipun mungkin ada maknanya yang tersendiri. Ya! Kuasa, pengaruh, nama, pangkat dan segala yang berkaitan dengannya bukan mudah hendak dilepaskan, juga bukan mudah untuk diubati jika sudah mabuk. Benarlah kata tokoh umat Islam yang terbilang al-Imam Sufyan al-Thauri (meninggal 161H):





“Aku tidak melihat paling kurangnya kezuhudan itu melainkan dalam perkara kepimpinan (kuasa). Engkau akan dapati seseorang yang zuhud dalam makanan, minuman, harta dan pakaian tetapi apabila tiba soal kuasa maka dia akan mempertahan dan bermusuhan kerananya” (al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala, 7/262).




Namun ramai orang politik dan ‘tidak politik’ bukan sahaja murah duit atau ‘harta dunia’ tapi juga murah pahala. Dengan mudah sahaja mereka memberikan ‘pahala’ mereka kepada orang lain, atau dengan mudah rela menanggung dosa orang lain jika mereka tidak dapat memberikannya pahala.




Nabi s.a.w pernah bertanya para sahabat baginda :

“Tahukah kamu siapakah orang yang mu
flis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).





Hadis ini amat menakutkan. Inilah hakikat muflis atau bankrap yang hakiki. Adapun muflis dalam kehidupan dunia mungkin boleh diselesaikan atau berakhir. Namun muflis jenis ini membawa kesan dalam kehidupan ‘alam abadi’. Ya, kita semua jarang yang terlepas dari kesalahan ini. Namun kita selalu berusaha dan ingin mengelaknya. Malangnya, dalam kehidupan sesetengah ahli politik yang tidak berteraskan wahyu kita ada dapati bagi mereka memaki hamun orang, menuduh orang tanpa bukti, memakan harta orang atau rakyat, menumpahkan darah orang samada mencedera atau membunuhnya tanpa sebab yang diizinkan syarak bagaikan ‘rukun politik’ yang wajib dan ‘haram’ ditinggalkan. Lebih buruk lagi jika itu semua dihalalkan atas berbagai alasan.






Mengkritik dan memberikan pandangan berbeza dalam politik adalah tidak mengapa. Bahkan merupakan satu keperluan. Jika membabitkan hak rakyat, maka rakyat perlu dibela. Apatah lagi dalam ‘reka bentuk’ politik demokrasi yang diamalkan. Namun, memaki-hamun, mencerca, sehingga ada yang mencarut adalah bertentangan dengan syarak. Lebih buruk lagi ada yang mengutuk sifat peribadi orang lain yang Allah ciptakan seperti memperrsendakan ‘botak’, ‘hidung besar’, ‘mamak’ dan berbagai lagi. Makian, kutukan, sendaan itu dijadikan bahan ketawa yang ‘dikongsi dosa’ bersama pengikut dan penyokong.







Jika ada tuduhan terhadap musuh politiknya, belum pun ada bukti atau sokongan bukti, terus sahaja diperkatakan secara ‘yakin tanpa syak’. Bersorak sorai pengikut meraikan ‘kemurahan pahala’ orang politik. Sementara membelasah harta orang dilakukan oleh banyak pihak yang tidak jujur dan amanah. Namun, dalam banyak keadaan ramai orang politik yang mempergunakan harta rakyat untuk kepentingan dirinya. Demikian sejarah juga menunjukkan penumpahan darah dan penyeksaan ke atas hamba-hamba Allah yang lain sering mempunyai hubungan dengan politik.





Lebih buruk lagi, ada yang menghalalkan kesalahan-kesalahan tersebut atas alasan demi menegakkan kebenaran. Lalu dipetiklah kata-kata sarjana itu dan ini seperti al-Imam al-Ghazali dan al-Nawawi bagi menjustifikasikan perbuatan salah tersebut. Padahal jika dilihat kepada konteks huraian yang mereka sebutkan, bukan demikian maksudnya.
Mana mungkin mereka menghalalkan maki-hamun, carut-marut atau menuduh tanpa bukti atas alasan untuk menegakkan kebenaran. Kebenaran apa jika begitu rupanya?! Peperangan mempertahankan agama yang dihalalkan Allah dan rasulNya pun, tidak dibenarkan kita melampaui batas, apakah kita boleh melampaui batas ketika berpolitik ?



Firman Allah : (maksudnya)
“Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang melampaui batas”. (Surah al-Baqarah: ayat 190)






Namun orang politik yang berperang untuk kerusi mereka melampaui batas.

Saya masih teringat seorang penceramah politik tertentu, beliau juga terkenal dengan alunan zikir munajatnya. Semasa saya menjadi mufti, beliau berceramah atas pentas politiknya bersama dengan pendengarnya mengalunkan ‘istighfar dan zikirnya’. Habis sahaja ceramah beliau memaki hamun saya di atas pentas yang sama dengan menggelar saya ‘bapa syaitan’. Beliau mahu memancung saya dengan tuduhan saya akan menulis buku khas mengkritik partinya dan beberapa tuduhan lain yang tidak benar. Padahal buku tersebut tidak pernah muncul dan saya tiada cukup masa untuk itu. Saya hanya tersenyum sinis melihat rakaman tersebut dalam you-tube. Saya juga mungkin berterima kasih atas sedekahnya itu untuk saya yang kekurangan pahala ini. Cuma saya begitu kagum ; bagaimana politik boleh menukar watak manusia daripada berzikir kepada memaki hamun orang. Maka jangan hairan jika politik boleh menukar manusia menjadi pencerca, perompak harta, penyeksa bahkan pembunuh sekalipun. Ya, orang politik memang pemurah pahala.







Sikap tidak professional yang dilakukan oleh orang-orang politik seperti inilah yang membantutkan manfaat intelektual dan menyumbang kepada keretakan masyarakat. Malangnya, hal ini sering dilakukan oleh orang politik yang sedang berkuasa, juga yang ingin mendapatkan kuasa. Apa tidaknya, jika seseorang yang memberikan pandangan yang berbeza atau mengkritik dalam batasan yang wajar diambil tindakan, maka terbantut idea-idea yang baik.






Juga, apabila tindakbalas itu diambil dalam bentuk maki hamun, atau kezaliman yang lain, maka retak dan bergeserlah masyarakat. Sebab itu, saya dapati dalam negara kita ramai intelektual takut, atau tidak dilatih untuk memberikan pandangan ‘ketiga’ atau yang berbeza dengan ‘kumpulan-kumpulan politik’ yang ada. Ini kerana, jika kumpulan atau badan politik itu mempunyai kuasa kita akan diambil tindakan secara kuasa. Jika mereka belum berkuasa, senjata cercaan, makian dan kutukan akan digunakan yang menyebabkan banyak pihak tidak mampu menanggungnya.







Dengan itu, sifat murah pahala orang politik itu bukan sahaja untuk pesaing politik mereka, juga untuk sesiapa yang enggan akur kepada pandangan mereka, sekalipun tidak menyokong musuh mereka. Sehingga kadang-kala kita mungkin kecewa dan perit dengan sikap yang seperti itu. Namun Allah itu adil.




Sabda Nabi s.a.w :
“Segala hak akan dibayar kepada empunya pada Hari Kiamat, sehinggakan akan dibalas untuk biri-biri yang bertanduk atas perbuatannya ke atas biri-biri yang tidak bertanduk” (Riwayat Muslim).








Cumanya, jika kita semua ; samada kita orang politik atau tidak, merenungi hadis ini dan yang sebelumnya, mungkin kita akan tidak pemurah pahala lagi, atau akan kurang pemurah. Ini kerana setiap kita memang sukar untuk mengawal tabiat ‘boros pahala’ ini, namun mengingati hadis ini akan membataskan kita. Sifat pemurah memang dianjurkan oleh Islam kerana ia boleh membantu orang lain juga mengeratkan hubungan antara kita. Namun, jangan pemurah pahala kerana ia merosakkan orang lain dan meretakkan hubungan antara kita.

post by drmaza

20090507

oooOOOO....! IBU.

Adakah anda masih ingat peristiwa sampan karam di Sabah yang melibatkan suami isteri dan seorang anak mereka. Si suami yang berpaut pada sampan yang terbalik sambil memegang tangan anak dan isterinya daripada dihanyut arus. Si isteri yang mendapati suaminya semakin lemah untuk menarik beliau dan anaknya serentak telah meminta suaminya melepaskan beliau supaya anaknya dapat diselamatkan. Dengan penuh siksa suami melepaskan isteri dan anak dapat di selamatkan manakala si ibu meninggal dihanyut arus.
Hari ini kita dengar pula seorang ibu di Johor mati rentung dek kerana ingin menyelamatkan anaknya yang disangka berada di dalam rumah ketika rumah tersebut dijilat api.
Terasa sebak ketika membaca dan menulis perkara ini.....itulah ibu.....demi anak, nyawa ditaruhkan.
Perkara sebeginilah yang sepatutnya kita kenangkan sempena menyabut HARI IBU.
Beraninya seorang perempuan yang bernama ibu....
Bapak macam mana?......berani ke?.....atau tengok jarum suntik pun dah ketar.......apatah lagi nak disuruh melahirkan anak.......mau pupus manusia kat bumi ni..
(sajer jer, bapak pun berani jugak)
JOM TELEFON IBU DAN AYAH.
SERTA DOAKAN MEREKA KEBAHAGIAAN.

20090503


AKIBAT PILIH PEMIMPIN IKUT JARI TELUNJUK.


Negara kemungkinan besar bakal menghadapi satu lagi Pilihanraya kecil jika benar ADUN Kota Alam Shah, M. Manoharan mengosongkan kerusi tersebut. Beliau akan mengumumkan keputusannya pada 19 Mei ini. M. Manoharan yang kini masih ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah berjaya memenangi kerusi tersebut pada PRU12 yang lepas.Parti pembangkang yakni Pakatan Rakyat benar-benar telah mempermainkan dan mencemarkan kesucian sistem demokrasi negara.
Berdasarkan beberapa keputusan perletakan jawatan sebagai wakil rakyat sebelum ini yang dilakukan oleh pemimpin PR telah mencerminkan sikap sebenar mereka yang mana matlamat mereka untuk bertanding dalam pilihanraya bukanlah untuk menumpahkan bakti kepada masyarakat dan negara, tetapi semata-mata hanyalah demi untuk kepentingan politik peribadi yang tidak mempunyai hala tuju yang jelas.
Secara rasionalnya, bagaimana seorang wakil rakyat hendak menunaikan tanggungjawab dengan berkesan jika diri masih berada dalam tahanan? Keputusan M. Manoharan untuk meletak jawatan adalah lebih tepat dan mempunyai alasan yang lebih kukuh dan logik berbanding tindakan sama yang telah diambil oleh Fairus Khairuddin. Apa yang jelas kini adalah sudah terlalu banyak PRK diadakan selepas PRU12 yang lepas semenjak Pakatan Rakyat memperlihatkan kebangkitan. Ini melambangkan Pakatan Rakyat sebenarnya langsung tidak bersedia dan gagal menunjukkan tanjak untuk menjadi pemimpin apatah lagi untuk memerintah negara.
Negara kemungkinan besar bakal menghadapi satu lagi Pilihanraya kecil jika benar ADUN Kota Alam Shah, M. Manoharan mengosongkan kerusi tersebut. Beliau akan mengumumkan keputusannya pada 19 Mei ini. M. Manoharan yang kini masih ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah berjaya memenangi kerusi tersebut pada PRU12 yang lepas.Parti pembangkang yakni Pakatan Rakyat benar-benar telah mempermainkan dan mencemarkan kesucian sistem demokrasi negara. Berdasarkan beberapa keputusan perletakan jawatan sebagai wakil rakyat sebelum ini yang dilakukan oleh pemimpin PR telah mencerminkan sikap sebenar mereka yang mana matlamat mereka untuk bertanding dalam pilihanraya bukanlah untuk menumpahkan bakti kepada masyarakat dan negara, tetapi semata-mata hanyalah demi untuk kepentingan politik peribadi yang tidak mempunyai hala tuju yang jelas.
Secara rasionalnya, bagaimana seorang wakil rakyat hendak menunaikan tanggungjawab dengan berkesan jika diri masih berada dalam tahanan? Keputusan M. Manoharan untuk meletak jawatan adalah lebih tepat dan mempunyai alasan yang lebih kukuh dan logik berbanding tindakan sama yang telah diambil oleh Fairus Khairuddin.
Apa yang jelas kini adalah sudah terlalu banyak PRK diadakan selepas PRU12 yang lepas semenjak Pakatan Rakyat memperlihatkan kebangkitan. Ini melambangkan Pakatan Rakyat sebenarnya langsung tidak bersedia dan gagal menunjukkan tanjak untuk menjadi pemimpin apatah lagi untuk memerintah negara.