20090310


INSAN YANG PERLU DIANGKAT UNTUK MENGIMBANG ORANG MUDA.



Ungkapan Pengganti Diri


Hamba nan sentiasa di luar Negara
Jalankan tugasan bangsa dan nusa
Inilah nukilan prihatin rasa
Kerana sering tak dapat bersama


Walaupun tak dapat bersama
Jua tiada berjabat tangan
Namun jauh ingat sentiasa
Kita adun satu perjuangan


Wang ringgit boleh dicari
Marwah bangsa penebus nusa
UMNO jangan dijual beli
Biar Melayu terus perkasa


Melayu sedang di persimpangan
Sejak dulu kita teruja
Muda dan lama sinsinglah lengan
Bantu Bangsa jadi mulia


Semoga Allah pelihara kita
Bangsa, Agama dan Negara.


Salam Perjuangan dari saya

Dato’ Seri Utama DR Rais Yatim.


p/s : promo dari dan untuk orang kampung.

5 ulasan:

  1. SALAM BRO...
    KITA KENANG JASA ORANG LAMO..
    AKU SUKA YB NI...RELAX, SEMPOI....

    HARAP PERWAKILAN UMMNO NANTI AKAN MEMBUAT PENGUNDIAN YANG ADIL!!

    BalasPadam
  2. Salam GOTAH..ambopun nak berpantun juo..tapi bukan nak berbalas dengan Gotah..he..he..he.

    POLITIK SAMSENG!!!

    TEMBElANG TERBUKA !

    Memang nizar keras kepala
    Dahulu titah Sultan disenda
    Pada Sultan, mohon derhaka
    Anggap diri masih berkuasa

    Dari DAP perak punca berita
    Kita dimaklumkan dua pekara
    Pokok monumen dipacak juga
    Menghadap Sultan, nizar minta

    Cara Pakatan Rakyat luar biasa
    Terusan baginda Sultan disenda
    Arah injuksi mahkamah dihina
    Bagaikan Sultan mahu dipaksa

    Kaedah konfrantasi PR warna
    Undang Tubuh Perak buat lupa
    Lantik MB Perak,Raja berkuasa
    Demokrasai ala samseng dijaja

    Ngapakah Nizar pilih derhaka
    Kalau benarlah seronok kuasa
    Tunggulah PRU 13 bakal tiba
    Janji PRU 12 pengundi tanya

    Hanya ahli PR yang percaya
    Bahawa PR masih lagi dipuja
    Hakikat tembelang PR terbuka
    Janji PRU 12 dulu auta belaka

    ha..ha..ha..salam perjuangan

    BalasPadam
  3. dio orang kampong kito
    pandai bercakap gajin berkorjo
    walau sebok diluar negaro
    orang kapong jangan dilupo

    BalasPadam
  4. huhu..

    hamba pun nak berbalas pantun

    dua tiga kucing berlari
    mana nak sama si kucing belang
    dua tiga yb dicari
    manakan sama rais seorang..

    ahaks

    BalasPadam

Adalah menjadi tanggungjawab anda dalam membuat ulasan dan komen.