20090418


JIKA AKU KAMU


panas btol arini x sanggup nk kuar... sy duk kat umah mkn byk2
sambil tgk tv.. patotler sy gemok & bodo nk mampus.



Dulu mase skolah sy tak blaja mengeja sbb cikgu kate mengeja tuh x
penting. yg penting cukup mkn & ader tv besar kat umah.bole tgk
akademi fantasia.


Pastuh bole tulih blog...tulis camnie...mcm monyet.

20090416


Tgehehrs gshhsg tesgsgathaj rettfsgsgsa jsx, heynssngasaksbg.
Thegerss ddsnssd djdsljdsd esstbsfebdgdd kfdmsgbjagds ks shdgsds ojxlcjsnc.
Thegdsjm djdudnch.
Ghretefgsbsf ddtnsgn "hrjrysnsgsbnsg!"
Tgere.
Gjsgsdhs dhsjdy wweqvess kfundshd kisdshds.
Thgdhssdsd.
Yhrbss.
Yhensgssksudsds.
Bgdtddmaks.
Ljshsfgsbssdsdye.
Jsgshshd teregshs tasfsbfl ofkfdgddyn?
Hddjd. "Yheetdshd sys," dhsgdsdsds fis skssds, "wtehrd jegdsds
krhsdgasdshd..shsdsnsds!"
Btercdsxs.
Qaswesfa.
Oejhdad.
Poedgsdns jrjfkhdfd kudsjdsdus kshsydsh.
Lisjsjsyad.
Fin.

20090415

POLITIK TAHI AYAM


TELERAILAH SUDAH KABINET MALAYSIA 2009. DI KETUAI OLIH DATO' SRI NAJIB TUN RAZAK. PM KITA YANG KE 6.

SELEPAS ANGKAT SUMPAH YANG DI SEMPURNAKAN DI HADAPAN YANG DI PERTUAN AGUNG, SEMUA PARA MENTERI BERAZAM BERSUNGUH SUNGUH BEKERJA KUAT UNTUK MEMBANGUNKAN NEGARA DAN DENGAN ILTIZAM UNTUK MEMBELA NASIB RAKYAT.

NAMPAKNYA SEMUA MENTERI TERMASUK BOSNYA , BERIA2 MENGEPAM SEMANGAT DARAH DIBADAN.

BOS, AWAL AWAL LAGI DAH TURUN PADANG MENERJAH.

MENTERI SUKAN, DAH BERIA IA MENCARI KASUT SUKAN NAK TURUN PADANG.

MENTERI JALAN, DAH MULA BERHUJAN DAN PANAS BERJALAN SANA SINI.

MENTERI PERLADANGAN, DAH MULA MENCARI CARI CANGKUL.

MENTERI PENGAJIAN TINGGI, DAH BERAZAM MENCARI SERAMAI MUNGKIN PELAJAR UNTUK DIASUH.

MENTERI LUAR BANDAR, KELIHATAN MERAYAU RAYAU DI HULU MUKIM.

MENTERI KESIHATAN, DAH MULA BELAJAR MACAMANA NAK BAGI SUNTIKAN.

MENTERI PERUMAHAN, BERSUNGGUH SUNGGUH MEMIKIRKAN BAGAIMANA MEMBUAT RUMAH.

MENTERI WANITA, DAH BERKIRA KIRA NAK BUAT MESYUARAT TINGKAP SEKERAP YANG BOLIH.

MENTERI PENERANGAN , KELIHATAN KEHULU KEHILIR DENGAN KAMERA.

MENTERI PERTAHANAN, SIBUK MENEMPAH UNIFORM UNTUK PERGI OPERASI TIKUS.


BEGITULAH, KELIHATAN BERTENAGA SEKALI PARA PEMBESAR NEGARA.
BERSUNGGUH SUNGGUH UNTUK BERKHIDMAT DAN BERBAKTI UNTUK RAKYAT YANG MEMILIH MEREKA.
SUDAH PASTI ORANG ORANG YANG TERDEKAT DENGAN MENTERI AKAN TURUT SERTA BERGANDING BAHU DAN LENGAN DEMI NEGARA TERCINTA.
TANPA MEMBUANG DAN MELENGAHKAN MASA PARA MENTERI TERUS BEKERJA DAN BEKERJA.

BAGI RAKYAT BAWAHAN, BEGITULAH HARAPAN DAN HASRAT YANG MENGUNUNG. MAHUKAN ORANG YANG MEREKA LANTIK BEKERJA UNTUK MEREKA TANPA BERLENGAH DAN BERSUNGGUH. TAHNIAH!

TETAPI,
YE KE?
BETUL KE?
YANG BENAR?

ATAU HANGAT HANGAT TAHI AYAM!?




20090410


MB DATANG - KETUA PUAK NAK MENGABIHKAN DUIT.


Tak lama lagi, MB datang kg den sebab nak rasmikan bangunan sekolah. Den memang gomar dongan MB ni sobab dia hamble dan mesra alam. Tapi yang den tak gomar... bila dio datang... abih duit pertubuhan, duit sekolah sobab nak sambut dio. Nak sombut MB lah katokan... ber iyo-iyolah suku sakat kat kg ni.


Kalau PM datang sekalipun biarlah dia datang dengan keadaan sedia ado kat kg tu. Biarlah dia tahu jalan berlubang-lubang. Lampu jalan tak cukup. Air selalu takdo. Biarlah dia tau...Ni suku sakat nak tunjuk kg ni cantik maso MB datang tapi hakikat ehhh banyak lagi masalah infrastruktur tak settle.


Den bukan marah kat MB tu. MB tu baik. Tapi den marah dan meluat kat suku sakat kat kg den ni. Nak glamour dopan MB.Paling den tak gomar sobab utama eeee abih duit pertubuhan den dia nak ambik sobab nak buat program maso MB datang nanti. Dah lah duit yang dapek ciput. Nak diambil pulak semato-mato nak buek program untuk sambut MB. MB pun tak ponah bagi duit kat pertubuhan den ni. Yang nak ambik duit tu LAGILAH TAK PONAH nak salurkan kat pertubuhan den ni.



Pertubuhan ni disertai oleh anak-anak muda.... yang rato-rato tak kojo... makno eee takdo sumber pendapatan... jadi bilo ado aktiviti sukan… aktiviti kebudayaan… duit yang YB Tok Man bagilah kami gunakan…


Sekarang duit tu pun nak amik semato-mato sobab MB nak datang.

ADUHHHHH aiii. Loteh den!.

Posted by Azizahns.

20090409

SUDAH......................SUDAH......................SUDAH.............!!!

JANGAN FIKIR PASAL KEDUDUKAN LAGI...

BESOK MESTI MULA.

OTAK.................TENAGA.....................MASA.......................APAPUN...

SEMUA UNTUK RAKYAT.


SUDAH..........................SUDAH....................SUDAH.................!!!

20090402

POLITIK KARIPOLE DI BUKIT GANTANG DAN BUKIT SELAMBAU


Saya suka makan kari. Setiap kali balik kampung, emak pasti masak kari ikan kembung. Orang kedah kata, kari ikan temenung!



Nak sedap kari tu, letak daun karipole. Ada yang kata daun karipole bukan untuk menyedapkan makanan tetapi untuk memberikan bau yang wangi kepada kari tu.



Orang tak makan daun karipole. Apabila nak makan ikan, daun karipole dikais ke tepi. Itulah nasib daun karipole.



Dalam politik juga begitu. Saya melihat pengundi di Bukit Gantang dan Bukit Selambau ditatang seperti minyak penuh.



Calon-calon yang nak bertanding masuk rumah sampai ke dapur. Apabila dengar kata orang tua sakit, terus meluru ke sana. Pantang ada rumah bocor, sibuk bawa atap ke situ. Kalau ada pengundi berdehem gatal kerongkong, terus beli ubat batuk!



Sampai bilakah pengundi di Bukit Gantang dan Bukit Selambau akan diberikan layanan istimewa? Sampai 7 April apabila mereka keluar mengundi.



Selepas itu, pengundi di situ akan jadi daun karipole; mereka dikais ke tepi. Calon yang menang akan beri alasan sibuk di Parlimen, tak ada masa nak jumpa rakyat!



Posted by NOBISHA

20090401

PAS (baru) BERJAYA DAKWAHKAN SI KAFIR






Alangkah bangganya hati apabila mendengar ceramah dua orang kafir yang memberikan salam sepenuh-penuhnya dan potongan ayat-ayat suci Al Quran kepada para pendengar yang majoritinya beragama Islam, berketayap dan tidak kurang juga yang berjubah.






Terlebih-lebih bangga apabila salam diberikan, maka dijawablah dengan penuh bersungguh-sungguh hati sambil tersenyum-senyum bangga kerana si kafir telah menghafaznya dengan penuh tertib dan cuba setartil yang mungkin. Lebih kembang lagi apabila selesai sahaja bacaan ayat tersebut yang lengkap dengan nombor ayat, surah, dan terjemahan ertinya, maka para hadirin pun menyahutnya dengan sekuat-kuat hati dan bersemangat... ALLAHU AKBAR! TAKBIIIIIRRRR!!!







Cuma satu kemusykilan kepada si jahil yang mencemik dan mencebik apabila dibacakan ayat tersebut. Didengarnya, ayat berkenaan dipetik dari Surah Aura (Anbia? -- tetapi tiada pula ertinya ayat yang dibacakan sama seperti ayat 90 Surah al-Anbiyaa') dari ayat 90. Lantas ditetapkanlah di dalam hati si jahil bahawa benarlah ada ayat dan surah berkenaan kerana si pemimpin berketayap dan berserban di atas pentas tidak pula menegur bahkan terpegun akan kefasihan si kafir itu. Atau boleh jadi telinganya telah dibisikkan oleh syaitan danIblis belaan sehingga tidaklah dia mendengar yang sebenar-benarnya dengar.






Ternyata Syaidatina Fatimah Al-Khattab r.a telah melakukan kesalahan yang besar kerana tidak memahami maksudnya dakwah dengan tidak membenarkan abangnya yang masih belum beriman (suci) membacakan lembaran yang mengandungi ayat-ayat suci firman Allah Taala. Dan tidaklah pula bersesuaian dengan kehendak Rasulullah s.a.w yang mengajarkan bagaimana sambutan salam dibuat apabila si kafir memberikan salamun alaik kepada si Islam biarpun si Islam itu tidaklah kukuh pegangan akidahnya apatah lagi yang telah kukuh dan ditanamkan di dalam jiwanya bahawa akidahnya sahaja yang benar dan diredhai Allah Taala.







Seorang kawan yang turut berjamaah di sebuah masjid di Taiping, sangat maklum akan perihal imam masjid yang memberikan laluan kepada Nizar Jamaluddin untuk menjadi imam solat Maghrib. Dipujinya imam tua itu kerana tahu akan adabnya biarpun dia terlebih maklum akan adab seorang imam sama ada suruhan mahupun tegahan menjadi imam. Maka menjadilah imam akan si Nizar dengan pesanan dalam takbiratul ihram pertama akan ayat yang maksudnya 'berpeganglah kamu dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah' dan disusuli dalam takbiratul ihram kedua dengan ayat yang bermaksud 'Wahai orang-orang kafir'.. yang kesudahan ayat tersebut bermaksud 'bagi kamu adalah agama kamu dan bagiku agamaku.' Lantas diceritakanlah oleh si imam Nizar di dalam blognya akan kesombongan lawannya yang menegah akan dia meneruskan majlis berkenaan.








Disusuli pula dengan tazkirah dan tafsir akan ayat-ayat yang telah dibaca oleh si imam Nizar. Malangnya majlis ilmu itu dihalang pula oleh lawannya yang turut menjadi jamaah, bersolat sebagai makmum dalam saf yang tidak terpecah, mengaminkan doa yang dibaca biarpun doa itu mencelakakan mereka. Malang sungguh mereka, kerana mereka itu tidak tahu bahawa mereka telah dikenakan dan disindir. Mungkin seandainya mereka faham akan agama Islam dan bukan Islam di kad pengenalan, pastinya mereka akan bertindak keluar saf dan mendirikan solat berjamaah secara berasingan seperti yang dilakukan oleh jamaah yang Islam sifat dan imejnya.






Maha Suci Allah...





pinjam: Cucu Tok Wan